UMNO telah hilang identiti dan sekarang hanya diperkuda oleh Perdana
Menteri Najib Razak untuk mempergunakan dana kerajaan, justeru Dr
Mahathir Mohamad tidak berminat untuk kembali ke dalam parti itu.
“Ia bukan lagi Umno. Dah jadi parti Najib,” kata pengerusi Pakatan
Harapan kepada pemberita usai tamat mempengerusikan mesyuarat gabungan
parti permbangkang itu di Putrajaya hari ini.
“Dia (Najib) perguna untuk bagi dia kuasa untuk curi duit. Saya tak
akan duduk dalam parti yang curi duit rakyat berbilion (ringgit) itu.
“Jadi, lupakan sajalah. Saya tak akan patah balik,” kata Dr Mahathir.
Mantan perdana menteri itu berkata demikian sebagai komen terhadap
kenyataan Facebook anak Najib, Nazifuddin Najib yang menjemput Dr
Mahathir kembali ke dalam Umno bagi “memperkukuhkan” lagi parti Melayu
itu.
“Tun Razak bawa Tun Mahathir kembali ke pangkuan Umno untuk
mengukuhkan, mempertahankan dan menjulang Umno menerajui Malaysia di
persada dunia. Bukan untuk menghancurkan Umno,” kata Nazifuddin, merujuk
kepada atuknya, perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein.
“Kembalilah ke pangkal jalan; iaitu laluan yang Tun Razak telah
rintis untukmu menjadi insan ke-4 menjadi perdana menteri Malaysia,”
tambah anak Najib itu.
Sehubungan kenyataan anak Najib itu, Dr Mahathir mengakui kepimpinannya dahulu dalam parti utama dalam Barisan Nasional.
“Dah tentu. Saya datang dari parti sama. Tapi saya tak curi duit. Saya tak mulakan 1MDB (1Malaysia Development Bhd).
“Tapi persetujuan oleh pembangkang adalah saya patut jadi perdana
menteri,” katanya menambah walaupun sudah di penghukung usia, beliau
tidak akan bersara selagi Najib berkuasa sebab Najib terlebih melabur
untuk membangunkan negara.
“Saya sara bertanggungjawab untuk ambil alih disebabkan pengalaman
saya di bawah pentadbiran penjajah, di bawah pentadbiran Jepun… dan
kemudian saya tolong kerajaan baharu (Malaysia) untuk selesaikan
pelbagai masalah.
“Perdana menteri ke-7 akan berhadapan dengan kerja keras sebab kita akan selesaikan masalah yang dicipta Najib,” katanya.
Tambah Dr Mahathir lagi, beliau mengambil keputusan bersara pada 2002 kerana merasakan yang kewangan negara mantap ketika itu.
“Saya tinggalkan negara dalam keadaan rapi. Tapi selepas dua orang
itu ambil alih, kita hadapi banyak masalah,” katanya merujuk kepada
bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.
Katanya, projek seperti Proton dapat dipertahankan di bawah pentadbirannya.
“(Proton) buat banyak duit. Mereka bina Tanjung Malim dengan duit
sendiri. Ia usaha sama yang menguntungkan. Dah tentu kemudiannya,
kerajaan mula campur tangan,” katanya, memetik kegagalan menyediakan
geran penyelidikan dan usaha untuk memperkasakan vendor.
Dalam masa sama, Dr Mahathir turut menyalahkan kerajaan Najib yang
didakwa menjual tiga pulau di Kedah kepada orang luar untuk dibangunkan.
“Dah tentu, di Langkawi sendiri… Ia pekan yang canggih di mana rakyat
Langkawi hanya perlu tengok ke atas untuk lihat bangunan setinggi 60
tingkat, (bangunan) yang mereka sendiri tak berpeluang untuk masuk.
“Saya pun tak tahu bahagian Malaysia mana lagi yang Najib akan jual
lagi. Tapi, bila dia perlukan duit, dia akan jual beberapa kerat tanah.
Mungkin Melaka lepas ni,” katanya.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Langkawi, beliau mengulang
kembali kenyataan sebelum ini yang beliau akan pilih sama ada akan
bertanding di Langkawi, Kubang Pasu atau pun Putrajaya.
Apabila disoal wartawan yang pemimpin DAP Zahid Ibrahim yang ketiga
kerusi itu bukan “kerusi selamat,” dan Dr Mahathir tidak perlu
bertanding di mana-mana, beliau menjawab: “Jadi, saya tak boleh
bertanding lah kalau semuanya tak selamat.”
“Saya akan beritahu bila tiba masanya,” kata Dr Mahathir bila beliau akan mengumumkan pencalonannya itu.
Saya tak akan kembali, Umno sekarang Najib punya, ujar Dr Mahathir
Reviewed by DetikDaily
on
Januari 23, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.