https://critoxium.com/shop/

Apa yang menarik sewaktu Reformasi 1998-2001?

Oleh Fathi Aris Omar

Pertama, demonstrasi, kadang-kadang tanpa ketua dan tujuan jelas. Kedua, bersembang berjam-jam, dari warung ke warung.

Ketiga, bercakap besar, siapa yang berani, dan berangan-angan. Keempat, kutuk Dr Mahathir Mohamad dan Umno, khususnya ketika bersembang.

Kelima, selalu curigai orang yang pelik, muka baru dan kurang dikenali itu SB.

Keenam, saling menyalahkan ketua yang menggerakkan demonstrasi, sepatutnya begini, sepatutnya tidak begitu, sepatutnya...

Ketujuh, ikut ceramah-ceramah Barisan Alternatif dan beli bahan politik di gerai, selain makan di warung tepi ceramah besar.

Peristiwa Reformasi mulai September 1998 itu mengendur teruk selepas operasi ISA April 2001. Usaha wujudkan GMI hanya berakhir dengan tangkapan ISA dua siswa yang menggerakkan GMMI.

Kalau anda membayang demo Reformasi itu seperti hujung 1998 atau 1999, ia sebenarnya berakhir pada pertengahan 2001.

Selebihnya semangat, kemarahan, aktivis dan tenaga ini tersedut dalam permainan parti politik dan percakaran puak. Itu sahaja sebenarnya.

Selebihnya proses berparti politik seperti yang kau orang tengok hari ini. Tidak lebih dan tidak kurang.

Jangan percaya sangat pada nostalgia, cerita manis, propaganda dan kenangan aktivis Reformasi.

Banyak juga garam dan perisa. Garam dan perisa dalam nostalgia itu seperti aku tulis di atas.
http://detikoffline.blogspot.my/2018/02/membebaskan-media-minda-sama-sukar-sama.html
http://madu3kurma.com/
https://susukunyitplus.blogspot.my/
 http://madu3kurma.com/

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.