Beza sahabat dan saudara dalam politik
Oleh TI LIAN KER
Pernah dikatakan, apabila bekas timbalan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri Musa Hitam sudah tidak sehaluan dengan Dr Mahathir Mohamad dan sudah diuar-uarkan berganding dan bergabung kuasa dengan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh untuk mencabarnya, Mahathir sebagai perdana menteri gagal mendapatkan jemaah menteri lain untuk “mengadap” beliau.

Dari sanalah Mahathir sedar pentingnya pengaruh dan kuasa kedua-dua Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.
Selepas itu Mahathir terus mengambil alih jawatan menteri di kedua-dua kementerian ini untuk mengukuhkan genggaman politik beliau dalam kerajaan dan parti setelah nyaris-nyaris dikalahkan oleh cabaran regu Ku Li- Musa Hitam.
Inilah realiti mainan kuasa politik yang mana kuasa merisik dan kuasa kewangan adalah faktor penting dalam menarik dan menakut-nakutkan seseorang untuk menyokong atau akur pada pemimpin.

Berbalik kita kepada tajuk sahabat dan saudara, Musa
Hitam meletakkan jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan
timbalan presiden Umno dengan harapan majoriti anggota Majlis Tertinggi
akan menyokongnya dalam perang dingin dengan Mahathir.
Musa menyalahkan kumpulan AIDs (Anwar Ibrahim, Sanusi Junid dan Daim Zainuddin ) yang mengelingi perdana menteri sehingga dia sebagai timbalan perdana menteri tidak berupaya menjalankan tugasnya.
Apabila Musa Hitam gagal dalam politiknya untuk menjatuhkan Mahathir, barulah beliau sedar siapakah “sahabat” beliau dan siapakah “saudara” politiknya.

Apakah beza sahabat dan saudara dalam politik?
Saudara politik biasanya mendukung kita dengan niat dan agenda politik mereka untuk mendapatkan sesuatu melalui sokongan mereka.
Saudara politik akan bersama dan berusaha untuk
mendampingi kita hanya semasa kita kuat atau berupaya memberi keuntungan
pada mereka.
Mereka akan melarikan diri kiranya kita jatuh atau tidak
dapat menolong politik mereka lagi dan akan beredar mencari bumbung
baru.
Sahabat politik pula adalah orang yang akan bersama-sama
dalam naik turun politik dan kerjaya politik kita tanpa mengira untung
rugi politik dan kerjaya.
Dalam susah payah cabaran atau tekanan, mereka tetap akan bersama atas setiakawan dan persahabatan mereka dengan kita.

Beza politik MCA, DAP
Sahabat politik sanggup menanggung pahit-pedih dan kerugian serta pengorbanan atas nama persahabatan.

Itulah beza politik MCA dan DAP.
“Saudara“ Lim Kit Siang adalah saudara politik kepada semua yang dapat membawa keuntungan dan menafaat politik pada dirinya atau parti DAP beliau.
“Saudara” Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran DAP sebagai orang yang mengislamkan pentadbiran dan kerajaan BN.
Anwar telah kerap kali menjadi kecaman dan sasaran DAP sehinggalah Anwar “converted” dan dijadikan “saudara baru” dan mulai bersaudara dengan DAP dan Saudara Lim Kit Siang.

Inilah contoh politik tidak mengenal kawan atau lawan
bila ada kepentingan bersama dan seterusnya mendedahkan ketidakikhlasan
perjuangan dan kritikan mereka sebelumnya.
PAS pun pernah dijadikan “saudara baru” DAP melalui Semangat 46 atau Tengku Razaleigh sebagai orang tengah.
Maka perhubungan DAP dan PAS diadakan melalui perikatan dua kumpulan politik yakni Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai PAS, Semangat 46, Hamim, BERJASA dan Kimma dalam Gagasan Rakyat yang dipelopori DAP, Semangat 46 dengan beberapa parti lain.

Kerjasama mereka berakhir apabila PAS menuntut jawatan ketua pembangkang diberi pada seorang Muslim.
PAS menuntut jawatan yang sebelum ini diduduki DAP dikosongkan dan Lim Kit Siang terpaksa berundur sebagai penyandang.

Setelah itu, DAP “bertalak tiga” dengan PAS oleh kerana ketidakpuasan akar-umbi terhadap tuntutan parti itu.
DAP menarik diri dari kerjasama dengan PAS bawah Gagasan Rakyat sehinggalah kemunculan Anwar Ibrahim yang disingkir dari Umno dan dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
Sekali lagi DAP bekerjasama dengan PAS dalam perikatan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat.
Perhubungan mereka adalah secara tidak “halal” dalam undang-undang pertubuhan kerana tidak didaftarkan.

Kalau dahulunya Tengku Razaleigh menjadi orang tengah
PAS dan DAP, kini Anwar Ibrahim pula yang meminang bagi pihak mereka dan
DAP dengan PAS kembali “bersekedudukan” atas bumbung Barisan
Alternatif.
Ini berlaku walaupun DAP pernah mengutuk PAS kerana tidak sanggup menolak niat penubuhan negara Islam dan PAS pernah mengkafirkan dan enggan bekerjasama dengan kafir DAP.
Kahwin pilihan raya

Malangnya persaudaraan dan “perkahwinan” DAP dengan PAS hanyalah semasa dan dalam musim pilihan raya.
Bila mendekati musim pilihan raya, DAP akan mencari orang tengah untuk melamar PAS dan setelah itu DAP akan cerai bertalak tiga kerana mereka sememangnya mempunyai nafsu dan selera politik yang jauh berbeza serta jurang perbezaan yang besar.

Pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA apabila kerjasama mereka dengan PAS ditolak oleh penyokong.
Maka DAP berpisah dengan PAS sekali lagi apabila
mengalami kekalahan teruk kerana penyokong tidak dapat menelan kerjasama
itu sehingga mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang pun dikalahkan di
kuat mereka di Jelutong dan Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Inilah rekod persaudaraan DAP dan PAS yang boleh bersaudara dan bermusuh mengikut musim dan kepentingan politik.
Saudara politik biasanya renggang perhubungan mereka sehingga mereka tidak berani “menghalalkan” perhubungan mereka dengan mendaftar diri atau bertanding atas satu lambang parti yang sama.
Saudara politik biasanya berbau “opportunist” dan perhubungan mereka adalah sementara sahaja untuk melepaskan nafsu dan berahi politik.

Perhubungan DAP dengan parti Melayu dan Islam adalah berlandaskan politik “saudara” baru.
Ini adalah berbeza dengan politik erat persahabatan dan kekariban MCA dan Umno sehinggalah DAP mengeji MCA sebagai pencacai Umno yang menggadai kepentingan orang Cina kepada Melayu.
MCA tetap setiakawan dan bersama Umno walaupun masa Umno berpecah dan diharamkan.
Apabila Umno diharamkan, MCA mempengerusikan BN dan menerima Umno (Baru) sebagai anggota komponen serta menyerah kembali kedudukan kerusi pada tokoh politik Melayu.
Lain pula DAP yang merajuk bila dipaksa PAS untuk menggundurkan diri dan memberi laluan ketua pembangkang kepada orang Melayu.

Inilah persahabatan MCA dalam setiakawan perjuangan yang menghormati realiti dan sensitiviti pengundi Melayu dan agama Islam.
MCA tetap mempunyai DNA “sahabat” dalam politik tanah air walaupun kehilangan sokongan undi Cina atas provokasi politik DAP.
Inilah DAP!

MCA memahami “complexity” politik negara dan tidak sanggup meletak ketenteraman dan keharmonian rakyat berbilang kuasa dalam “jeopardy” seperti DAP semata-mata untuk merampas kuasa.
MCA akan tetap dengan politik sahabat dan bukannya
politik ala “Saudara Lim Kit Siang” yang boleh menukar rentak dan rima
mengikut kesesuaian masa dan selera.
Maka MCA mengucapkan “Selamat Bersaudara” DAP dengan
saudara baru mereka yang pernah dikutuk, dikecam dan dicaci sehingga
berjanji dengan rakyat bermacam-macam semasa berkempen memancing undi!
Antara janji DAP ialah memenjarakan “Saudara Baru” mereka, Mahathir Mohamad apabila berkuasa.
Inilah DAP!
DATUK SERI TI LIAN KER adalah jurucakap publisiti merangkap anggota jawatankuasa pusat parti itu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.