Hutan radiasi Fukushima, loji nuklear pertama Malaysia.
Oleh Arif Atan
Jepun yang dikenali sebagai bangsa berintegriti tinggi pun, rakyatnya terutama rata-rata penduduk Fukushima sudah tidak percaya pada kerajaan mereka.
Masyarakat tempatan ragu sejauh mana kerajaan mereka telus dan benar-benar berusaha untuk menangani masalah paras radiasi tinggi selepas kebocoran loji janakuasa nuklear akibat hentakan gempa bumi diikuti tsunami mega setinggi 15.5 meter pada 11 Mac 2011.
Sebabnya sebelum ini mereka diyakinkan oleh kerajaan bahawa pembinaan loji nuklear itu tidak akan mengancam keselamatan mereka pada masa depan.
Sebaliknya, bencana tsunami raksasa itu memaksa kira-kira 300,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 20 kilometer dari loji janakuasa berpindah.
Arahan itu dikeluarkan kerana pencemaran radiasi dilihat pada paras membimbangkan menyebabkan pekan, rumah, sekolah, tempat ibadat, bengkel, kedai, ladang, sawah terpaksa ditinggalkan sehelai sepinggang kerana barangan mereka bahkan haiwan peliharaan didakwa dicemari radiasi.
Akibatnya, selepas hanya lima tahun, kawasan yang ditinggalkan menjadi bandar hantu atau hutan radiasi yang dibanjiri binatang liar termasuk babi hutan.
Dalam satu dokumentari yang baru-baru ini ditayangkan di TV1, penduduk tempatan yang juga keluarga petani meninjau rumah mereka dalam rancangan untuk membawa keluarganya pulang berkata, babi hutan sudah tidak takut kepada manusia lagi.
Banyak kumpulan babi hutan selamba memecah masuk rumah dan kedai yang dikosongkan selain asyik 'berkenduri' pisang kaki sehinggakan tiba peringkat penduduk pula terpaksa berhenti di tengah jalan memberi laluan kepada babi-babi yang bergerak secara berkumpulan.
Agak lucu, ada babi 'hipster' yang semakin berani datang dekat kepada orang tidak seperti datuk morang mereka dulu, mungkin sudah menganggap bandar yang ditinggalkan itu adalah habitat mereka.
Tidak hairanlah, penduduk tempatan memberitahu penerbitan dokumentari itu bahawa mereka rasa mereka pula pelawat sebelum merenung jauh bimbang adakah mereka nanti akan pulang ke kandang bukan ke rumah dan ladang sendiri akibat kawasan sekitar sudah dikuasai babi hutan dan binatang liar lain.
Gejala abnormal pada binatang dan tumbuhan di sekitar kawasan terjejas juga semakin banyak dikenal pasti oleh saintis tempatan dan antarabangsa. Antaranya, bulu ekor layang-layang tidak sama panjang, pokok pain tumbuh secara berjejari tidak lagi menegak juga kerosakan kulit kronik pada lembu.
Dalam video berikut ini pula, wanita warga emas itu beritahu dia terpaksa meninggalkan rumahnya yang didiami sejak 40 tahun lalu akibat arahan perpindahan oleh kerajaan.
Namun, apabila mendapati banyak kucing peliharaan terbiar dan mati kebuluran, beliau memberitahu setiap minggu akan ke kawasan dicemari radiasi itu dengan hanya menutup mulut dan hidungnya dengan tuala untuk memberikan haiwan-haiwan tersebut makanan.
Selepas beberapa tahun juga ada penduduk kembali ke rumah mereka lantaran terdesak tetapi keadaan tentulah tidak seperti sebelum malapetaka.
Walaupun bencana nuklear yang berlaku tidak sedahsyat seperti Chernobyl di Rusia pada 1986, tetapi mereka yang kemudiannya kembali dan menjalani kehidupan seharian mendapati sistem imunisasi badan mereka lebih lemah berbanding sebelum ini dengan kesan paling ketara pada anak-anak.
Mereka diburu kebimbangan diancam racun radiasi sama ada melalui makanan mahupun udara yang dihela. Sidai baju pun dalam rumah. Anak-anak tidak lagi dibenarkan bermain di luar rumah.
Kesedihan, ketakutan dan penderitaan masyarakat Fukushima yang sudahlah dilambung tsunami kemudian terpaksa berpindah pula akibat ancaman radiasi itu entah ada atau tidak dalam pengetahuan pemimpin Malaysia hari ini.
Sebabnya, kerajaan Umno-BN yang terbukti jauh lebih korup kalau nak dibandingkan dengan pemerintah Jepun malah jatuh ke tahap kleptokrasi (pemerintahan yang merompak) sudah berangan sejak beberapa tahun lalu bersuara mahu membina loji nuklear.
Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) pun sudah diwujudkan pada 11 Januari 2011 iaitu tiga bulan sebelum berlakunya bencana di Fukushima. Ketua Pegawai Eksekutif MNPC pada 2015 pula sudah memberitahu kita bahawa negara bakal memiliki loji janakuasa nuklear pertama pada 2031.
Itu pun kita rakyat Malaysia harus 'berterima kasih' kepada tragedi di Fukushima kerana kalau tanpa bocornya loji nuklear di sana, loji yang sama di Malaysia disasarkan dibina pada 2021 kalau mengikut laporan Program Transformasi Ekonomi 2010.
Kajian sudah menunjukkan penduduk yang tinggal sekitar 100 km dari loji kuasa nuklear berisiko tinggi untuk menghidapi kanser, leukemia dan kecacatan DNA. Itu ketika keadaan loji tenaga nuklear beroperasi lancar tanpa kebocoran.
Sisa nuklear pula tidak boleh dilupus dengan selamat sebaliknya kekal radioaktif sehingga mencecah ribuan tahun.
Dengan polisi kerajaan sedia ada yang cenderung menggadai banyak tanah dan sumber alam kepada konglomerat 'komunis China' dalam banyak kepentingan strategik negara, tidaklah keterlaluan untuk kita sebagai rakyat Malaysia bimbang operasi loji nuklear pertama negara itu juga nanti lambat laun jatuh ke tangan orang lain.
Lebih menakutkan polisi kerajaan sedia ada yang bercanggah dengan prinsip negara berkecuali yang merupakan pendekatan politik antarabangsa dalam berdepan pertembungan kuasa-kuasa besar dunia akan mendedahkan loji tenaga nuklear itu nanti kepada tindakan sabotaj atau serangan pengganas selain bahana akibat ketirisan, urus tadbir yang buruk, penyelewengan, korupsi serta kemalangan atau kesilapan manusia.
Jadi, pada ketika Najib laki Rosmah mendendangkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) selain buat lebih kerap siri Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) semakin dekat pilihan raya, rakyat Malaysia jangan lupa anak cucu cicit sedang diburu ancaman operasi loji nuklear pertama pada 2031!
https://www.youtube.com/watch?v=oB-K78L8oNI

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.