Mengenali Ahmad Lutfi dari kaca mata pelbagai rakan
Membantu Ahmad Lutfi Othman
menyusun buku suntingan
terbaharunya Lorong Sunyi
Media Bebas merupakan
satu pengalaman yang unik
sepanjang penulis bertugas
sebagai wartawan. Kemunculan
buku ini, walaupun bukan
hasil tulisannya sendiri, tetap
relevan untuk diketengahkan
bagi menambah koleksi rujukan
kewartawanan sebagai satu
bidang yang semakin penting
pada hari ini.
Setidak-tidaknya, melalui buku ini, Ahmad Lutfi masih berkeras dengan baki kekuatannya yang terhad untuk memastikan para pencandu tulisannya boleh menikmati hasil tulisan yang disuntingnya.
Kerja-kerja ini tidak mudah. Ahmad Lutfi tiada kakitangan tetap untuk melicinkan proses penerbitannya. Beberapa kali deadline buku ini tersasar daripada sasaran awal atas 1001 halangan yang menghambat.
Lutfi sendiri, jadual hariannya padat dengan dialisis yang berakhir dengan keletihan, loya-loya dan sebagainya yang sudah tentu mengganggu fokus dia ke atas buku ini. Dalam pada itu, Lutfi juga berdepan dengan kerenyahan komunikasi untuk terus berhubung dengan para penyumbang tulisan yang kebanyakannya merupakan rakan-rakannya dari pelbagai latar belakang.
Lutfi kerap berulang berkongsi cerita dengan penulis tentang beberapa kekangan yang dia hadapi tetapi berhujung dengan harapan agar rakan penyumbang tidak merasa terbeban untuk menyumbangkan tulisan walaupun sedar masing-masing berdepan dengan kesibukan komitmen tersendiri. Namun begitu, buku tebal ini selesai juga diterbitkan dengan ketebalan lebih 800 muka surat beserta 104 bab dengan tujuh bahagian.
Menarik untuk dikongsikan iaitu antara prinsip penting tetapi mudah yang selalu Ahmad Lutfi ajarkan semasa saya mula-mula bekerja dengannya adalah “lebih baik minta maaf daripada minta izin” dan dia memang betul-betul melakukannya untuk beberapa keluaran Harakah terdahulu (tanpa perlu diperincikan tarikh terbitan) sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin.
Mungkin kerana itu, Ahmad Lutfi dalam keadaan yang selalu disebut A Samad Said, “wartawan jati jarang makan gaji tanpa makan hati”. Saya sendiri, walaupun tidak berjaya seperti Ahmad Lutfi, akhirnya mengikut sendiri jejak itu dalam penulisan dengan mengkritik beberapa pimpinan PAS walaupun yang tidak senang dengan penulisan saya itu adalah Ahmad Lutfi sendiri!
Tetapi beza pandangan itu hanya perkara biasa yang kemudiannya lagi berubah menjadi pengukuh kepada hubungan antara saya dan Ahmad Lutfi yang saya anggap sebagai guru kewartawanan alternatif.
Memang Lutfi senantiasa berada dalam kualiti uniknya yang tersendiri dan selalu membuat kejutan seperti yang disebut oleh Janet Steele. Paradoks yang ada pada Lutfi adalah di samping beliau gigih memimpin akhbar bercitra Islam, beliau juga pada masa yang sama berulang kali tanpa penat memperjuangnkan isu-isu kebebasan akhbar.
Bagi Ahmad Lutfi, wartawan tidak boleh biarkan diri diperangkap atau terkongkong dengan peraturan yang remeh temeh apatah lagi kalau itu membabitkan hal ehwal kewartawanan sendiri.
Sememangnya itulah watak wartawan yang betul walaupun tidak semestinya baik. Menjadi kurang ajar juga perlu apatah lagi dalam kondisi politik hari ini yang sangat mencabar kesabaran dan kemanusiaan.
Sepanjang Ahmad Lutfi bergelumang dengan dunia kewartawanan politik dan alternatif, apa yang penting bagi dia, dia mahu dan dia terus buat, apa yang akan berlaku, itu kira kemudian. Mungkin kerana itulah dia begitu menjiwai isu-isu perjuangan mahasiswa yang terkenal dengan jiwa revolusi dan memberontak.
Saya yang kerap mengikuti dia ke beberapa negeri atas urusan kerja dan mengendalikan bengkel kewartawanan boleh nampak kesungguhannya meladeni pimpinan mahasiswa yang datang bertemu dengannya.
Cuma apa yang mujur adalah Lutfi tidak memilih untuk terus cebur dalam dunia politik sebagai politikus.
Sebenarnya, semakin berat untuk dibayangkan penerbitan akhbar alternatif tanpa kelibat tulisan Lutfi yang sering mencabar harapan dan impian pembangkang.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.