Istiqamah ramai Assabiqun bukti PAS kuat
Oleh FADZIL HALIM
JERAI: Kehadiran ramai ahli Assabiqun PAS Kawasan Jerai pada pelancaran rasmi Sidang itu sebenarnya menyerlahkan kekuatan teras PAS yang berakar kukuh dan sekian lama dalam Parlimen tersebut.
JERAI: Kehadiran ramai ahli Assabiqun PAS Kawasan Jerai pada pelancaran rasmi Sidang itu sebenarnya menyerlahkan kekuatan teras PAS yang berakar kukuh dan sekian lama dalam Parlimen tersebut.
Yang DiPertua PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad menyifatkan ia bukti
PAS memiliki aset kukuh di mana gandingan 'orang lama' yang istiqamah
bersama sokongan semua lapisan dalam parti akan mewujudkan gerakan untuk
memacu PAS lebih terkehadapan.
Sekitar 200 ahli Sidang Assabiqun PAS Jerai hadir pada pelancaran
yang dilangsungkan di Dewan Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi, Pejabat PAS
Jerai, Padang Lumat, di sini semalam.
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh
Fakhrurazi pula menyifatkan kehadiran ramai itu menunjukkan Assabiqun
PAS Jerai kuat bersemangat dan istiqamah menghadirkan diri ke majlis
jamaah.
Pujinya, golongan Assabiqun selaku perintis jalan membina PAS
penting dalam menjayakan tuntutan perjuangan parti itu untuk memenangi
pilihan raya seterusnya menegakkan pemerintahan dengan dasar Islam.
Menurut beliau, PAS juga tidak akan subur seperti sekarang jika
tidak kerana jasa-jasa generasi Assabiqun terdahulu dan kini PAS terus
memerlukan mereka sebagai pemangkin dalam parti untuk terus memperteguh
perjuangan.
Jelas Dr Fakhruddin, termasuk peranan boleh digerakkan Assabiqun
adalah merungkai dakyah musuh PAS yang menggunakan api fitnah menyebar
gambaran salah terhadap hakikat perjuangan Islam dibawa PAS.
Semangat sama turut disuarakan Timbalan Pengerusi Sidang Assabiqun
PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasir Othman yang merasakan seperti diberi
suntikan baharu setelah sekian lama 'bersara' dari memegang jawatan
dalam parti.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan "Che Pi" juga merupakan
Pengerusi Sidang Assabiqun PAS Jerai mengakui tanggungjawab Assabiqun
untuk terus berada di medan masyarakat memperkenalkan PAS.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.