Ramai pakar bantah terowong dasar laut P. Pinang
OLEH SAIFUL LIZAN MD YUSOFF
BEBERAPA pakar kejuruteraan tempatan
mempertikaikan rancangan membina terowong dasar laut menghubungkan
Bagan Ajam ke Persiaran Gurney.
Rancangan Kerajaan DAP Pulau Pinang itu disifatkan mereka bukan
sahaja membazir bahkan memberi kesan yang sangat teruk kepada alam
sekitar selain akibat dari tambakan laut.
Malah, pakar-pakar terlibat turut melahirkan kehairanan dengan
rancangan berkenaan kerana projek terowong itu hanya akan menambahkan
lagi kesesakan di bahagian pulau.
Ia langsung tidak akan mengurangkan lalu lintas seperti mana dakwaan pemimpin Kerajaan DAP Negeri.
Pakar kejuruteraan terowong Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Prof Dr Othman Che Puan antara yang mempersoal kewajaran mahu
dilaksanakan itu.
Kerajaan negeri kata beliau, sepatutnya memastikan kapasiti
penggunaan jambatan kedua ditingkatkan dan bukannya membina projek
berkenaan.
Menurut beliau, kapasiti penggunaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah itu kini hanya pada tahap 50 peratus sahaja.
Bantahan seumpama turut dinyatakan tokoh akademik lain antaranya
Prof Madya Ahmad Fuzi Asrhad (UiTM), Prof Madya Dr Azeem Fauwan (USM)
dan Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican (USM) serta ramai lagi.
Malah, sudah ramai aktivis pengguna dan alam sekitar mengemukakan
bantahan antara paling kerap Presiden Sahabat Alam Malaysia, S M Mohamed
Idris yang juga Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Bantahan mereka wajar dan berfakta kerana ia melibatkan kesan
akibat dari tambak laut dan pembinaan terowong dasar laut akan mengancam
alam sekitar dan ekosistem lautan di Pulau Pinang.
Pelbagai hujah dan fakta berdokumen telah dikemukakan, semua
ditolak. Sampai ke peringkat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kini
menunggu semakan dan pendakwaan melibatkan pembinaan terowong dan jual
tanah.
Banyak agensi kerajaan terlibat, namun ibarat tangan kaki diikat dan mulut ditutup tidak mampu berbuat sebarang tindakan.
Kerana itu rakyat Pulau Pinang mahu Majlis Perancang Fizikal Negara
berfungsi sewajarnya dan menolak projek tambakan laut dan pembinaan
terowong dasar laut atas dasar.
Malah, demi kepentingan rakyat memandangkan ianya pasti melibat
sejumlah peruntukkan kewangan yang sangat besar, disamping kesan atau
impak terhadap ekosistem.
Sedangkan juga, manfaat dan keuntungannya dilihat terlalu kecil
untuk kepentingan rakyat kebanyakan melainkan mungkin mengenyangkan
tembolok pihak tertentu.
Cukuplah permainan politik DAP dan PKR Pulau Pinang yang telah banyak menyusahkan rakyat di negeri ini.
SAIFUL LIZAN MD YUSOFF
Pengerusi
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS)
PAS Negeri Pulau Pinang
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.