Model penyelesaian dari Islam
Oleh MUHAMMAD MUJAHID MOHAMMAD FADZIL
Disebabkan itulah, PAS yang bergerak di
atas dasar Islam memperkenalkan WINS51 dan juga Dokumen Hijau secara
terbuka untuk diteliti dan dikaji oleh sesiapa pun, termasuk kerajaan
yang sedang memerintah hari ini
MASALAH urus tadbir;
Islam menyediakan model model pentadbir di dalam al Quran, seperti Nabi
Yusuf A.S (contoh terdapat dalam Surah Yusuf) dan Nabi Sulaiman A.S.
Begitu juga model kepimpinan Rasulullah S.A.W dan Khulafa ar-Rasyidin.
Cadangan rujukan kitab seperti Ahkam Sultaniah dan Siyasah Syariyyah.
Masalah Pendidikan, Islam menyediakan
sistem pendidikan Islam (contoh ayat kedua Surah al Jumu'ah) dan juga
pentarbiahan di zaman Rasulullah S.A.W sebagai model rujukan (era
Makkiyyah dan Madaniah). Pembiayaan kos pendidikan pula, Islam
menawarkan konsep waqaf.
Masalah ekonomi, Islam menyediakan
penyelesaian melalui sistem zakat, waqaf dan sistem cukai yang tidak
menzalimi. Islam mengharamkan monopoli, rasuah, larangan membazir dan
cukai yang dikenakan kepada semua orang. Huraian tambahan dimuatkan
dalam bahagian muamalat dalam kitab fekah.
Masalah kesihatan, Islam menyediakan
kaedah kaedah perubatan melalui Sunnah Nabi S.A.W, kaedah-kaedah umum
iaitu pencegahan lebih baik daripada mengubati atau kaedah kemudaratan
itu dihapuskan.
Masalah keselamatan, Islam menyediakan
undang undang jenayah (seperti hudud, takzir, qisas) dan juga sistem
hisbah (penguatkuasaan). Islam juga menyediakan model Rasulullah S.A.W
dalam memelihara keselamatan negara seperti sistem kerahsiaan (peristiwa
Hatib bin Abi Baltaah)
Masalah Pertanian, Islam menyediakan
konsep pertanian cara Islam, antaranya konsep membuka tanah, dan
memperkasakan pengeluaran tempatan (mengurangkan import). Pertanian juga
dikenakan zakat bagi mewujudkan keseimbangan.
Masalah sosiobudaya, Islam menyediakan
cara komunikasi yang baik sesama masyarakat seperti Surah al-Hujurat
ayat 13 dan lain lain. Kehidupan Rasulullah S.A.W bersama kepelbagaian
masyarakat di Madinah juga dijadikan model rujukan penting.
Masalah alam sekitar, Islam menyediakan
kaedah yang rapi dalam menguruskan aset negara (tanah) bagi memastikan
ekosistem dipelihara. Antaranya Surah al-Araf 56 mengikut Tafsiran
ad-Dhohhak iaitu tidak menebang pokok sembarangan dan juga gangguan air.
Masalah prasarana, Islam menyediakan
penyelesaian dari sudut meletakkan keutamaan terhadap kemudahan semua,
bukan kesenangan individu, bersumberkan hasil negeri atau negara. Selain
itu Islam menawarkan konsep waqaf prasarana, dan juga mengharuskan duit
kotor dialirkan untuk pembuatan longkang, jalan raya dan tandas.
Kesimpulan
Islam menyediakan tawaran dan
penyelesaian yang menyeluruh dalam segenap aspek masalah yang ada di
dunia. Tulisan ini terlalu ringkas untuk menghuraikan kesemuanya. Di
sana banyak lagi penyelesaian penyelesaian yang terperinci, yang
disediakan di dalam al Quran, hadis Nabi S.A.W dan juga model-model para
ulama selepas itu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.