PEMERHATI melihat, pergeseran dalam Pakatan Harapan (PH) di Selangor
berlaku disebabkan PKR yang dipimpin menteri besar Mohamed Azmin Ali
tidak yakin pada Amanah dan Bersatu dalam membantu mengekalkan kerajaan
negeri.
Penganalisis politik, Mohamad Hisomuddin Bakar berkata, PKR
menunjukkan sikap tidak yakin itu apabila mendapati Amanah dan Bersatu
tidak cukup menonjol untuk menggantikan PAS.
"Apabila kajian visibility (ketampakan) dibuat di bawah,
mereka mendapati kehadiran Amanah dan Bersatu gagal untuk menggantikan
PAS di peringkat akar umbi.
"Jadi mereka membuat roadmap sendiri dalam usaha untuk
mengekalkan kerajaan Selangor iaitu PKR bertanding lebih 30 kerusi,"
kata pengerusi eksekutif badan kajian bebas, Ilham Centre itu.
Menurut "roadmap" itu, PKR mensasarkan untuk bertanding di 20 kerusi
yang ditandinginya dalam PRU13 lalu ditambah dengan 10 lagi kerusi yang
dimenangi oleh PAS sekarang.
"Bagi saya inilah punca pertembungan antara PKR dengan Amanah, Bersatu dan DAP di Selangor sekarang," kata Hisomuddin.
Beliau mengakui, kelemahan utama Amanah sekarang adalah gagal memaparkan pemimpin akar umbi mereka kepada umum.
"Bagi saya ini antara kelemahan Amanah. Padahal mereka tidak kurang
hebatnya tetapi tidak kelihatan di bawah apabila kajian dibuat kerana
masalah dalaman mereka sendiri," katanya.
Kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati,
ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu
menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu.
Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli
PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20%
lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS.
Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.
Jangan pesimis
Bagi Hisomuddin, PKR tidak boleh bersikap pesimis terhadap
rakan-rakannya khasnya Amanah dan Bersatu kerana kedua-duanya mempunyai
kelebihan tersendiri.
"Amanah mempunyai rangkaian jentera pilihan raya yang baik kerana
sebahagian besar penggerak profesional PAS sebelum ini menyertai Amanah.
"Bersatu pula mempunyai Dr Mahathir yang terbukti membawa lonjakan
pengundi Melayu luar bandar dan Felda kepada PH sebagaimana hasil kajian
Institut Darul Ehsan (IDE) sendiri," katanya,
Menurut Hisomuddin, PKR juga tidak boleh melihat pilihan raya nanti
sebagai pertandingan antara parti ini secara individu dengan BN,
sebaliknya harus melihatnya sebagai pertandingan antara PH dengan BN.
"Memanglah PKR ketara kuat di Selangor, sebab itu pemimpin PKR
menjadi pengerusi PH di Selangor tetapi setiap parti ada sumbangan untuk
membantu PH menang dalam PRU 14 nanti.
"Jadi PKR kena lihat PH dalam satu pasukan lawan BN, bukan Amanah
atau Bersatu lawan BN untuk menentukan siapa yang menang," katanya
menolak hujah PH akan kalah jika kerusi diberikan kepada Amanah atau
Bersatu.
Tuduhan tidak adil
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani
dalam kenyataannya berkata, isu asal pertelingkahan di Selangor adalah
sekadar persoalan status penubuhan "Jawatankuasa Rundingan Kerusi DUN
Pakatan Harapan Selangor".
"(Soalan diajukan) dengan niat murni agar perkara ini diselesaikan
segera melalui proses rundingan yang jelas dan teratur," kata Jamzuri
dalam kenyataannya.
Katanya, terdapat kekeliruan berkenaan siapa sebenarnya yang diberi mandat untuk membuat rundingan kerusi di Selangor.
"Rata-rata berfahaman bahawa peranan Biro Pilihan Raya hanyalah dalam
menguruskan persiapan pilihan raya PH. Justeru, perkara ini
dibangkitkan, bukan sahaja di dalam mesyuarat tetapi juga secara surat
bertulis kepada pengerusi PH," katanya.
Katanya, sejak awal Biro Pilihan Raya bermesyuarat, persoalan mandat ini dibangkitkan dan tiada jawapan yang jelas.
"Jadi kalau 10 kali mesyuarat sekali pun, tiada ertinya sekiranya persoalan asas ini tidak diputuskan dengan jelas," katanya.
Jamzuri juga menjelaskan, beliau dimaklumkan oleh Pengerusi Amanah
Selangor, Ir Izham Hashim yang pemimpin partinya itu tidak pernah
mempertikaikan kelayakan MB Selangor sekarang.
Sebaliknya, Izham hanya menegur keberkesanan pengerusi PH Selangor
dalam menangani isu-isu semasa berhubung peranan PH termasuk isu
pengagihan kerusi DUN, katanya.
Jelasnya, Izham hanya menyatakan situasi pada waktu itu sebagai
keadaan yang lawak kerana rakan dalam komponen PH tidak tahu menahu
mengenai mesyuarat agihan kerusi yang disebut.
"Apa yang beliau sebutkan ialah adalah lawak apabila disebut
mesyuarat agihan kerusi sudah berlangsung empat kali dan sudah 80%
pembahagian kerusi selesai sedangkan rakan-rakan komponen PH tidak tahu
menahu. Perkataan 'lawak' ini ditafsirkan sebagai 'joker' atau 'badut',
katanya
IKLAN: Antara buku-buku terakhir Ahmad Lutfi Othman: Catatan Hujung,
Pencuri Pilih Anjing, dan Lorong Sunyi Media Bebas. Sesiapa yang belum
memilikinya, dan berminat, boleh hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291,
dengan harga istimewa, potongan 50%.Stok adalah terhad,dapatkan sebelum
kehabisan) Nantikan kemunculan buku terbaru beliau berjudul "Parti
Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam
Berpengaruh, Berintegriti.")
Pakatan Selangor berbalah kerana PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu
Reviewed by DetikDaily
on
Februari 04, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.