PAS mahu lakar sejarah menang Seberang Takir
Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
KUALA NERUS: PAS mahu melakar sejarah kemenangan pertamanya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, ini.
Meskipun, Dun Seberang Takir itu menjadi kubu Umno yang mempunyai jumlah pengundi Pos agak besar tetapi sejarah PRU14, bakal merubah segala-galanya.
Sehubungan itu, Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir telah berjaya menganjurkan Himpunan Fastaqim Peringkat Dun Seberang Takir di perkarangan Pasti Al-Husna, Kampung Tok Jembal, pada 23 Februari dan berakhir kelmarin.
Pengarah MTD PAS Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang menegaskan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14 tidak menjadi masalah besar kepada partinya.
Ini kerana, katanya PAS telah mempunyai pengalaman bertanding tiga penjuru di Dun tersebut pada PRU13 yang lalu antara PAS, Barisan Nasional (BN) dan Parti KeADILan Rakyat (PKR).
"Pertandingan tiga penjuru tidak menjadi masalah besar bagi kita (PAS) sebab semua orang tahu sejarah PRU13 lalu pun berlaku pertandingan tiga penjuru di Dun Seberang Takir.
"Parti (PKR) yang pernah bersama kita dalam Pakatan Rakyat ketika itu hilang wang pertaruhannya.
"Rakyat dan pengundi boleh menilai dengan perkembangan politik semasa yang ada jika berlaku tiga, empat penjuru pun, rakyat secara umumnya melihat pertandingan sebenar antara PAS lawan BN. Parti-parti itu sebagai pengacau undi sahaja," jelasnya kepada Harakah.
Menurutnya, penganjuran Fastaqim itu khusus untuk menghimpun para petugas, ahli dan penyokong PAS bagi menghadapi PRU14 ini.
"Kita himpunkan para petugas parti kita (PAS) dan hendak gempur masyarakat kita di Dun (Seberang Takir) ini. Sambutannya, Alhamdulillah cukup ramai walaupun fokus utama kita adalah untuk peringkat Dun ini sahaja.
"Warga dan ahli-ahli serta penyokong kita (PAS) ramai yang hadir termasuk dari Dun-Dun yang lain terutama anak-anak muda," ujarnya.
Menurutnya, selepas pelancaran Countdown 100 Hari PRU14 pada 16 Disember tahun 2017 lalu, pelbagai program dan persiapan parti dilaksanakan.
"Kita (PAS) mempunyai azam yang kuat untuk menang PRU14 ini di Dun Seberang Takir. Kita ada sembilan Unit Peti Undi (UPU) dan 17 Cawangan PAS dalam Dun Seberang Takir ini.
"Sebahagiannya telah dilancarkan penubuhan markaz UPU untuk pilihan raya," jelasnya.
Pada PRU13 lalu, Dun Seberang Takir ini dimenangi oleh calon BN, Ahmad Razif Abdu Rahman (Dato Seri) dengan mendapat 7,731 undi. Calon PAS, Ustaz Zakaria Dagang (6,221 undi dan calon PKR hanya 73 undi serta hilang wang pertaruhannya.
PAS telah menguasai Parlimen Kuala Nerus melalui wakil rakyatnya, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan tiga Dun iaitu Bukit Tunggal, Teluk Pasu dan Tepoh.
Setahun selepas itu pada Mei 2015, Dato Seri Ahmad Razif dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu yang baharu bagi menggantikan penyandangnya, Dato Seri Ahmad Said.-H/Daily

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.