PAS tidak menolak lantik bukan Islam dalam Kabinet
Oleh NASRUDIN HASSAN
LONTARAN idea dan
pemikiran yang dikemukakan oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru
Hj. Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau pada sidang media bertarikh 4
Februari 2018 telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak seolah-olah
mengenepikan posisi orang bukan Islam dalam pembentukan kabinet kerajaan
kelak dan kononnya wujud sistem kasta dalam pentadbiran yang PAS
tawarkan.
Penafsiran sempit ini tampak sengaja
digembar-gemburkan bagi menyemarakkan sentimen agama sekaligus membakar
hangus idea dan mengalih maksud sebenar lontaran Presiden PAS tersebut.
Hasrat yang terkandung dalam idea beliau adalah merupakan pembahagian tugas dalam kabinet menteri yang digarap dari prinsip pemerintahan dalam Islam.
Hasrat yang terkandung dalam idea beliau adalah merupakan pembahagian tugas dalam kabinet menteri yang digarap dari prinsip pemerintahan dalam Islam.
Politik Islam telah menggariskan
urustadbir negara kepada dua jabatan iaitu Jabatan Pembuat Polisi atau
Policy Makers (yang disebut sebagai Wazarat Al-Tafwid) dan Jabatan
Pelaksana (yang disebut sebagai Wazarat Al-Tanfiz).
Prinsip pemerintahan dalam Islam ini adalah bersifat adil dan saksama. Ia juga selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang turut membahagikan peranan Pembuat Polisi (Badan Legistatif) dan Pelaksana Polisi (Badan Eksekutif).

Ia diajar oleh Allah S.W.T:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن
تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ
النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم
بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak dan layak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Surah An Nisa’ : Ayat 58
Sangat tidak benar anggapan bahawa
Presiden PAS menafikan hak bukan Islam, kerana dalam aturan badan
eksekutif yang mengutamakan elemen kepakaran individu, ruang dan peluang
kepada orang bukan Islam dibuka seluas-luasnya.
Islam mengurus kesaksamaan fitrah manusia, dengan syarat Islam berkuasa dan memerintah. Pada masa yang sama, Islam tetap memelihara hak beragama tanpa menyentuh dan menggugat perkara yang diizinkan oleh agama masing-masing. Bahkan Islam memelihara keharmonian masyarakat majmuk yang wujud dalam sosio-masyarakat Malaysia.

Islam tidak sekadar memberi hak
kerakyatan kepada bukan Islam untuk dinikmati, malah mewajibkan berlaku
adil terhadap semua rakyat yang dilindungi oleh undang-undang.
Selanjutnya, mewujudkan suasana
menghormati perbezaan agama dan menjaga keharmonian serta perpaduan
berdasarkan natural kemanusiaan. Ini dinyatakan secara jelas dalam
Perkara 3(1) dan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan.
Jika diteliti wacana Kerajaan Teknokrat yang dibawa oleh PAS, ia adalah gagasan idea yang menjulang prinsip keharmonian, kesaksamaan, keadilan dan pengurangan budaya politiking dalam negara.
Jika diteliti wacana Kerajaan Teknokrat yang dibawa oleh PAS, ia adalah gagasan idea yang menjulang prinsip keharmonian, kesaksamaan, keadilan dan pengurangan budaya politiking dalam negara.
Ia bukanlah sesuatu yang baru, namun
diberi suntikan yang lebih segar daripada idea Al-Farabi menerusi karya
Al-Madinah Al-Fadhilah, Al-Ghazali menerusi Siyasah Al-Akhlak,
Al-Mawardi menerusi Al-Ahkam Sultaniyyah dan lain-lain lagi.
PAS konsisten membawa lunas-lunas Islam dalam ruang pendekatan kontemporari walaupun masih wujud tohmahan yang bersifat simplistik terhadap tindakan-tindakan PAS tanpa memahami sebab sebenar ia dicadangkan dan sengaja diapi-apikan.

Track record pentadbiran Kerajaan Negeri
Kelantan bukti paling ampuh sebagai model kerajaan berkredibiliti yang
dibina oleh PAS. Hak bukan Islam utuh terpelihara.
Manakala pengalaman menjadi kerajaan di
Kedah penggal yang lalu, kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
diperuntukkan khas untuk wakil rakyat bukan Islam.
PAS tegas dan komited menjaga kestabilan negara yang majmuk masyarakatnya. Malah, dalam masa yang sama PAS konsisten dengan prinsip Islam yang membawa rahmah bagi semua dan berteraskan keadilan sejagat.

Hak bukan Islam tetap terpelihara apabila Islam dijadikan asas pentadbiran sebuah negara.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.