Rakyat kesal tidak dipedulikan wakil rakyat
PUTATAN: Ketidakpedulian wakil rakyat terhadap
pelbagai kesulitan dialami penduduk hingga menyukarkan kehidupan harian
dan keperluan asasi mereka sememangnya perkara amat dikesali.
Sedangkan, setiap kali pilihan raya
atau lima tahun sekali, undi penduduk ditagih serta mereka dijanjikan
dengan pelbagai tawaran dan kebendaan, tetapi wakil rakyat menghilang
selepas dari itu.
Ketika sama, penduduk mendapat
makluman melalui media kononnya kawasan mereka diluluskan untuk
pembinaan infrastruktur tertentu, namun secara hakikat tidak berlaku
demikian.
Luahan demikian antara reaksi didapati
oleh Ketua Pemuda PAS Kawasam Putatan, Asrul Samat dari rata-rata
penduduk Kampung Tanjong Aru Baru, di sini semalam.
Aduan penduduk kepada beliau itu
bersama pengakuan dan tekad bahawa mereka mahukan PAS menang mewakili
mereka di kawasan tersebut selepas PRU14 kelak.
Asrul mencerap pelbagai suara diaju
penduduk ketika menyelia perkembangan baik pulih jambatan di bawah
Projek Infrastruktur PAS Dun Tanjong Aru (PINTAR) di sini.
Dewan Pemuda PAS Putatan
mengalu-alukan sumbangan ramai bagi pihaknya menjayakan PINTAR dalam
usaha cakna terhadap keperluan asas masyarakat yang diabaikan pihak
pemerintah.









Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.