Sepuluh tanda berita palsu
Oleh Norizan Sharif
KEHANGATAN pilihan raya mula terasa. Pemimpin kedua-dua belah pagar politik semakin kerap turun padang bertemu pengundi. Sementara aktiviti politik ini berjalan subur, ada juga pihak mengambil kesempatan menangguk di air keruh dengan membuat berita palsu. Bagaimanakah cara mengenal pasti berita palsu?
1. Perhatikan sumber: Organisasi berita mempunyai laman web yang boleh dirujuk dan telah lama beroperasi. Berita palsu selalunya disalurkan melalui laman yang tidak dikenali atau cuba meniru sedia ada.
Sekiranya ia datang dari laman web yang tidak pernah anda dengar atau cuba meniru nama dan URL organisasi media sedia ada, besar kemungkinan ia berita palsu.
2. Pergi kepada sumber asal: Usah terima bulat-bulat berita yang anda terima. Ada orang menggunakan masthead media ternama bagi meyakinkan pembaca bahawa berita itu asli. Pergi kepada sumber berkenaan.
Sekiranya anda lihat masthead Sinar Harian pada berita itu, pergi ke Sinar Harian Online untuk baca berita itu. Sekiranya berita itu tidak ada di situ, maka itu berita palsu.
3. Siapakah sumber berita: Adalah menjadi amalan yang diterima untuk media melaporkan berita tanpa menyebutkan sumber. Ini bertujuan melindungi kerahsiaan sumber tersebut dalam berita yang mungkin boleh memberikan kemudaratan kepadanya.
Bagaimanapun, dalam keadaan biasa, wartawan bertanggungjawab menyebutkan sumber maklumat itu. Dia ialah seorang yang tidak beretika jika keseluruhan berita bersandarkan laporan “sumber” tanpa menyebut sumber tersebut. Berita sedemikian ada kemungkinan palsu, walaupun ia disiarkan oleh media ternama.
4. Gaya penulisan: Wartawan dilatih menulis berita dengan gaya piramid terbalik atau inverted pyramid. Dalam bahasa mudah, penulisan berita ada kaedah dan cara yang betul. Begitu juga, organisasi media mempunyai house rules bagaimana mereka menulis.
Cara menulis di sesuatu organisasi media tidak sama dengan organisasi lain. Amatur yang menulis berita palsu mungkin tidak menguasai kaedah ini. Sekiranya anda lihat gaya penulisan yang “pelik,” besar kemungkinan itu berita palsu.
5. Adakah masuk akal?: Sekiranya berita yang anda baca itu tidak masuk akal, besar kemungkinan ia berita palsu. Walaupun orang politik ada juga buat kenyataan tak masuk akal, namun apabila kita baca tajuk berita tak masuk akal, elok baca tulisan itu sampai habis.
Usah kata orang politik cakap tak masuk akal, tetapi kita secara mudah terima berita tak masuk akal.
6. Baca sampai habis: Kebanyakan orang terus menghantar sesuatu print screen tajuk berita tanpa baca habis. Kadangkala tajuk dan berita tak sama. Sering kali, berita palsu hanya ada tajuk tanpa laporan penuh. Usah ghairah menghantar print screen tajuk sekiranya kita belum baca keseluruhan tulisan itu.
7. Semak tarikh: Sesetengah berita itu bukan palsu, tetapi berita lama yang diedarkan semula. Berita sedemikian sudah keluar konteks dan boleh menjadikan pembaca membuat rumusan yang salah mengenai sesuatu isu. Berhati-hati dengan “surat khabar lama.”
8. Rujuk kepada pakar: Apabila kita baca sesuatu yang nampak tak masuk akal, bertanyalah kepada mereka yang pakar. Sebagai contoh apabila ditunjukkan laporan kesihatan yang mendakwa pil tertentu boleh jadikan kita panjang umur, tanya doktor. Mereka boleh berikan maklum balas.
Begitu juga apabila ada orang kata ekonomi kita sedang menuju kemusnahan, rujuk kepada pakar ekonomi. Usah tanya kawan-kawan yang tak cukup duit setiap bulan untuk komen mengenai ekonomi negara.
9. Satira: Ada orang tak dapat bezakan antara satira dan berita benar. Satira politik ialah perbuatan mengubah berita sebenar sebagai bahan jenaka. Dalam Islam, satira ada batasnya. Apabila kita mengetawakan seseorang disebabkan bentuk badan, cakap bercakap atau keluarganya, maka itu diharamkan.
Elakkan ketawa kerana seseorang gemuk atau kurus. Usah permainkan apa yang ALLAH SWT berikan kepadanya.
10. Berhati-hati sebarkan berita: ALLAH SWT murka orang yang suka sebarkan berita palsu. Dalam Surah al-Hujurat, ALLAH SWT ingatkan apabila kita menerima sesuatu berita, maka semaklah berita itu terlebih dahulu. Usahlah kerana perbuatan kita menyebarkan berita itu, maka keluarga, masyarakat atau negara berpecah-belah.
* Norizan Sharif ialah penganalisis sosiopolitik, kini berada di New Jersey, Amerika Syarikat

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.