Sokongan pada BN merosot di Johor.
Oleh Mohd Farhan Darwis
MENTERI Besar Johor Khaled Nordin tampil mempertahankan kerajaan persekutuan bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang mendukung kerajaan negeri itu selama ini.
Katanya, pengundi perlu mengekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kesejahteraan di negeri itu berkekalan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hasil satu tinjauan baru-baru ini yang menunjukkan ramai warga Johor berpuas hati dengan kerajaan negeri tetapi tidak berpuas hati dengan Putrajaya.
"Itu mungkin sesuatu yang pada pandangan sebahagian pengundi, tapi kita percaya berasaskan kepada pandangan, bahawa sebahagian masyarakat (lebih gemar) terhadap kerajaan negeri (berbanding kerajaan persekutuan)," katanya.
Beliau mengulas hasil tinjauan oleh Merdeka Centre for Opinion Research pada bulan lalu yang menunjukkan, 55% warga Johor tidak berpuas hati dengan kerajaan persekutuan.
Namun, 68% daripada 1,007 orang responden tersebut setuju bahawa pentadbiran Johor menghala ke arah yang betul, dan hanya 26% tidak bersetuju.
Sentimen positif ke atas Khaled juga tinggi, pada kadar 58% berbanding hanya 17% yang tidak berpuas hati dengan pentadbirannya.
Responden berkenaan berpendapat, kekuatan Khaled adalah pada kemahiran pengurusan, mutu kepemimpinan dan keprihatinan terhadap kebajikan warga Johor.
Berdasarkan kajian ini, pengundi di negeri itu mungkin memecahkan undi dengan mengekalkan BN di DUN dan memilih Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi Parlimen.
Untuk menghadapi keadaan itu, Khaled yang juga pengerusi BN Johor berkata, kerajaan pimpinannya akan menerangkan kepada pengundi bahawa keberkesanan pentadbiran bergantung kepada kerajaan di peringkat persekutuan.
"Kita cuba tunjukkan keberkesanan negeri bergantung kepada kerajaan sama di peringkat pusat," katanya lagi , ketika ditemui di Johor Baru baru-baru ini.
Kajian firma itu pada bulan lalu turut mendapati, 51% daripada 1,007 responden di Johor mengatakan mereka akan memberi peluang kepada parti lain untuk menguruskan kerajaan negeri.
Daripada jumlah itu, pengundi Cina mencatat peratusan tertinggi sebanyak 69% diikuti oleh India (50%) dan Melayu (39%).
Sentimen untuk memilih parti lain bagi mentadbir Johor juga dilihat lebih tinggi di kalangan penduduk Johor berpendapatan tinggi dan sederhana.
Seramai 65% daripada responden yang berpendapatan lebih RM7,000 dan 67% golongan berpendapatan sederhana antara RM4,000 hingga RM6,999 menunjukkan sikap itu.
Pandangan itu juga didapati wujud secara saksama dalam kalangan pengundi bandar dan luar bandar.
Sekiranya sikap ini diterjemah kepada undi, ia dijangka akan memberi memberikan kelebihan buat PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kedudukannya sebagai Adun Permas, Khaled berkata beliau yakin akan kekal di situ kerana pengundinya memahami beliau secara peribadi.
"Saya kenal pengundi saya. Mereka sedar pandangan saya dan hasrat saya untuk mereka. Mereka tahu dan dapat merasakan usaha kita sentiasa bagaimana maju jayakan mereka.
"Dalam konteks ini mereka bukan saja kenal saya sebagai wakil rakyat tapi kenal dan memahami secara mendalam apa yang kerajaan hendak buat," katanya-TMI

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.