Tahun Baharu Cina bersama warga Tionghua Air Jernih
KEMAMAN: Majlis
Tindakan Dun (MTD) Kemasik telah mengadakan agihan buah limau sempena
perayaan Tahun Baharu Cina di Perkampungan Cina Air Jernih, Kemasik, di
sini semalam.
Program ini antara lain bagi menyatakan
bahawa PAS tidak pernah menafikan kewujudan kaum Cina di Terengganu
selain memperkukuhkan hubungan Cina dan PAS khususnya di Kemasik.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan
Kemaman, Ustaz Alias Hamid, program agihan limau kepada warga Cina Air
Jernih sempena Tahun Baharu Cina merupakan program tahunan dan sentiasa
mendapat maklumbalas yang cukup positif kepada PAS.
"PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong
PAS (DHPP) perlu digerakkan semaksima mungkin bagi membantu kemenangan
di kerusi yang mempunyai pengundi Cina dalam PRU 14," tambahnya.
Pengarah MTD Kemasik, Amri Mamat ketika
ditemui turut menyatakan keyakinan kebersamaan masyarakat Cina di Air
Jernih untuk memberikan sokongan kepada PAS Kemasik dalam PRU14.









Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.