https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bashah Dan Umno Spesis Politik Rimba Zaman Tok Nadoq

1. Jutaan terima kasih untuk Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah yang mempersoalkan apa yang telah saya buat di kawasan Pokok Sena dan jika saya terus menang apa yang mampu dilakukan untuk bangunkan kawasan Pokok Sena,begitu juga dengan Kuala Kedah yang kini diwakili oleh pembangkang ketika berucap pada majlis Himpunan Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Negeri Kedah.

Tahniah MB Ahmad Bashah kerana menyerlahkan kebodohan diri sendiri dan seolah olah beranggapan  rakyat pada masa kini bengap seperti beliau.

2. Saya berlapang dada dengan kenyataan beliau kerana kenyataan tersebut menyerlahkan kedunguan yang dimiliki MB Ahmad Bashah sendiri kerana beliau beranggapan rakyat masa kini buta pengetahuan dan tidak mampu berfikir seperti hidup di zaman kuno tetapi hakikatnya MB Ahmad Bashah masih dengan pemikiran politik sempit zaman 'Tok Nadoq'.

MB Ahmad Bashah baru sedar dari lena hingga menganggap pemikiran politik rakyat Kedah seperti era sebelum merdeka yang mana rakyat boleh ditakut takutkan dengan ugutan atau ancaman pembanggunan jikalau memilih parti pembangkang.

3. Untuk pengetahuan MB Ahmad Bashah, rakyat masa kini tidak lena dan sudah memahami soal politik kuasa serta integriti (amanah).

Rakyat sudah bijak dan memahami tentang  bidang tugas pembanggunan adalah di bahu kerajaan yang sedang memerintah dan ianya merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksana.Mana-mana parti yang memerintah sebagai kerajaan adalah menjadi tanggungjawab utama untuk membangunkan negara dan negeri.Oleh demikian apabila berlaku peralihan kuasa memerintah, agensi atau jentera pentadbiran kerajaan yang melibatkan pegawai dan kakitangan kerajaan tetap kekal bekerja seperti sediakala.Kumpulan yang menggerakan pembanggunan di setiap negeri ialah pegawai dan kakitangan kerajaan seperti mana yang berlaku ketika kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Kedah,pegawai dan kakitangan Perkidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) tetap kekal bekerja dengan tugas masing-masing.

4. Politik masa kini telah memasuki alaf baru yang berteraskan pengetahuan celik minda.MB Ahmad Bashah perlu menyedari bahawa pengundi di Malaysia merupakan pengundi yang berteraskan pengetahuan (knowleadge vorters) dan bukan lagi 'politik rimba' berteraskan sentimen.

Nampaknya Umno dan MB Ahmad Bashah masih lena hingga ketinggalan zaman apabila masih menanam 'politik kurafat' di minda rakyat kononnya hanya UmnoBN yang mampu memerintah dengan baik.

 'Politik kurafat' UmnoBN ini sudah dibuang oleh rakyat Malaysia dan di Kedah akan terbenam di dalam telaga buruk Kampung Hutan Betut,  Bakar Bata Alor Setar.

"Pakatan Harapan Adalah Kerajaan Menunggu"

#TakMauUmnoBn
#BenamkanKurafatUmno
#SelamatkanMalaysia
#UndiPakatanHarapan

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
10am Kuala Lumpur
14 mac 2018/26 Jamadilakhir 1439H

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.