Invoke yang ‘Provoke’
Oleh MOHD NOR HAMZAH
BISMILLAH. Membaca kajian terbaharu Invoke yang diketahui penyokong kuat PH dan juga musuh bersama BN yang membenci PAS, membuatkan saya terdiam dan terpaku. Kelu untuk berkata-kata. Terasa sebak yang amat sangat, bagaikan sembilu menusuk hati ini. Kepiluan ditambah lagi dengan kajian yang menunjukkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS tersungkur. Presiden PAS juga kalah kedua-dua kerusi beliau. Bahkan jauh dari itu, kubu PAS di Kelantan, Parlimen Kubang Kerian juga bertukar milik. Tegasnya PAS tidak memenangi sebarang kerusi pun. Sungguh sedih.
YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu
BISMILLAH. Membaca kajian terbaharu Invoke yang diketahui penyokong kuat PH dan juga musuh bersama BN yang membenci PAS, membuatkan saya terdiam dan terpaku. Kelu untuk berkata-kata. Terasa sebak yang amat sangat, bagaikan sembilu menusuk hati ini. Kepiluan ditambah lagi dengan kajian yang menunjukkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS tersungkur. Presiden PAS juga kalah kedua-dua kerusi beliau. Bahkan jauh dari itu, kubu PAS di Kelantan, Parlimen Kubang Kerian juga bertukar milik. Tegasnya PAS tidak memenangi sebarang kerusi pun. Sungguh sedih.
Mari kita uji semula kekuatan kajian
yang sebenarnya sangat memualkan dijalankan ke atas 2000 orang responden
seperti yang didakwa ini. Amat malang dengan keupayaan PKR sebelum ini
yang tidak mempunyai jentera yang lengkap, melukut dengan PAS pada
banyak tempat dan masa, DAP yang semakin dibenci Melayu Islam, PAN yang
diketahui sebagai kumpulan penumpang yang tidak membawa untung dan juga
PPBM yang tidak dilihat orang-orang penting bersama mereka kecuali
beberapa kerat bekas orang kuat Umno yang mengajak rakyat membalas
dendam bagi kebencian mereka, memilih untuk mengeluarkan kajian sampah
seperti ini dan di zaman ini.
Perang psikologi sebegini amat rapuh
pelurunya, mudah dipatahkan dan juga tiada nilai keintelektualan.
Pembodohan kepada rakyat oleh BN sekarang bakal disambung oleh PH, jelas
dengan tanda yang ditunjukkan ini. Tidak pernah di dalam sejarah sejak
selepas merdeka PAS sama ada bergabung, mahu pun bersendiri, tidak
memenangi sebarang kerusi, tidak pernah. PAS tetap berdiri di kala
gagah, bertongkat paruh ketika sayap patah, namun rebah, alhamdulilah,
tidak sekali. Apatah lagi dengan penerimaan kemasukan ahli baharu PAS
yang berjumlah puluhan ribu setahun. Ini sebagai satu kajian balas yang
sangat mudah.
Kajian sejujurnya harus ditumpukan
kepada kekuatan PH sebelum PRU kerana lambungan kerusi, kata-mengata,
caci-mencaci dan tuduh-menuduh sedang galak berjalan bagi merebut untuk
menjadi calon (bukan menang lagi). Ia berlangsung ketika PH bermimpi
mahu menyatukan rakyat Malaysia dalam keadaan mereka sedang bercakaran.
Kajian juga harus dibuat bagi memberikan jangkaan kepada nasib PH
selepas PRU kerana dapat dilihat Umno pada bila-bila masa boleh kembali
rujuk kepada jandanya Bersatu yang masih dalam talak raje’i
(boleh rujuk) jika Bersatu memenangi kerusi-kerusi penting. Atau kajian
seperti akan adakah lagi kejatuhan seperti Perak selepas PRU setelah
wakil PKR dan DAP berkhianat sebagaimana perangai PAN?
Kajian ini sangat lebih penting kerana
sejarah politik di negara kita amat jelas bahawa tiada pakatan
pembangkang yang berjaya bertahan selepas PRU. Paling lama mungkin
Angkatan Perpaduan Ummah iaitu bermula tahun 1989 sehingga 1996 iaitu
dua kali PRU sebelum S46 rujuk kepada Umno. Manakala Barisan Alternatif
dan Pakatan Rakyat singkat hayatnya. Namun kajian seperti ini sangat
dibimbangi oleh PH kerana mereka tahu hubungan di antara Bersatu yang
dibintangi oleh figura-figura yang mempunyai sejarah hitam ketika di
dalam Umno, DAP yang anti Melayu-Islam, PKR yang mempunyai
individu-individu kaki fitnah serta PAN pasukan pengkhianat yang
sekarang menjadi khadam DAP itu, ibarat embun di hujung rumput, terbit
mentari, hilanglah ia.
Hanya PAS yang membuktikan semangat
setiakawan yang terbaik atas dasar Islam dengan dibuktikan pada setiap
pengakhiran pakatan pembangkang, ia bukan daripada PAS. Lebih dari itu
jawapan Menteri di Parlimen yang mengakui lebih 70 kes rasuah melibatkan
wakil BN dan 27 kes membabitkan PH, tetapi tiada seorang pun wakil
rakyat PAS yang disiasat kerana rasuah. Penanda apa lagi yang rakyat
mahu bahawa PAS adalah harapan utama rakyat bagi menerajui kerajaan yang
bersih?
Jadi saya menyeru kepada seluruh
ahli-ahli dan penyokong PAS untuk terus istiqamah, menumpukan sepenuhnya
perhatian kepada PRU yang amat penting ini. Jika kita berjalan mengikut
perancangan parti, dengan usaha dan tawakal kepada Allah, insyaAllah
kita akan berjaya mencapai cita-cita kita iaitu kemenangan total ataupun menjadi King Maker
di Malaysia. Jangan dilayan usikan-usikan orang yang tidak berpijak di
bumi yang nyata ini, kita akan kepenatan dan BN akan kegembiraan kerana
PH membantu mereka mengganggu PAS. Wallahua’lam.
Ketua Penerangan PAS Terengganu
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.