https://critoxium.com/shop/

Terkini

PH serba salah PAS bertanding 130 kerusi

Oleh USTAZ IDRIS AHMAD

 SAYA ingin jelaskan tentang bagaimana ada orang menuduh bahawasanya PAS nak memberi nyawa kepada Najib atau Barisan Nasional apabila kononnya PAS hanya bertanding 40 kerusi sahaja.

Sedangkan hakikatnya ialah maksud 40 kerusi yang disebut oleh Tuan Guru itu ialah kerusi yang menjadi tumpuan, bukannya 40 kerusi. Dan apabila Tuan Guru Presiden telah pun menjelaskan PAS hari ini sudah pun bersedia untuk bertanding sebanyak 130 kerusi, 130 kerusi. Ini golongan serba salah orang panggil. Waktu kita sebut untuk memberikan tumpuan 40 kerusi, dia kata kita nak berikan nyawa hayat kepada Umno Barisan Nasional, nak beri nyawa kepada Dato’ Seri Najib.

Bila kita isytihar pula nak bertanding 130 kerusi, dia kata PAS ini tamak, tak ada kemampuan, tak boleh menang. Ini manusia yang serba salah. Sedangkan bila sebut 40 kerusi itu bukan bererti PAS nak bertanding 40 kerusi. PAS bukan nak bertanding 40 kerusi. 40 kerusi itu hanyalah kerusi tumpuan. Macam juga dalam Pakatan Harapan sendiri pun sepertimana yang disebut oleh YB Rafizi yang dia keluar di dalam Free Malaysia Today, FMT, 9 Julai, Rafizi, Pakatan kenal pasti 50 kerusi Parlimen potensi. Ini yang disebut di dalam FMT.

Ertinya, Pakatan pun menumpu kepada 50 kerusi. Kenapa pula musuh-musuh PAS selama ini duduk tuduh kita nak berikan nyawa hayat kepada BN atau Najib, tidak timbul pula apabila YB Rafizi menyebut Pakatan Harapan menumpukan 50 kerusi.

Umno pun sama, di sana ada kategori, ada kawasan dianggap sebagai kawasan putih maknanya yang tidak menggugat dia. Ada kerusi yang dianggap sebagai kerusi yang kelabu, gray. Ada kerusi dianggap kerusi yang hitam, maknanya kawasan yang tidak ada potensi untuk dia dimenangi oleh Umno dan Barisan Nasional.

Jadi tak timbullah soal berkenaan dengan bila sebut 40 kerusi itu yang Tok Guru sebut hanyalah sebagai kerusi tumpuan, bukannya kita nak bertanding 40 kerusi. Setakat hari ini 130 kerusi dah kita bariskan. Mungkin lebih ada, kurang tidak ada. Ini satu penjelasan yang perlu dijelaskan kepada rakyat Malaysia yang mendapat maklumat yang tak betul. Terima kasih.

Satu lagi adalah berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan PAS hari ini nampak sepertimana mesra dengan Umno, PAS nak join dengan Umno, nak bergabung dengan Umno.

Setakat hari ini saudara-saudara, tuan-tuan semua, kita telah pun membuat keputusan, Tok Guru Presiden sendiri pun dah sebut dalam kenyataan dia yang dikeluar sama ada Harakah ataupun dalam HarakahDaily, yang menyebut PAS tidak bersama dengan BN dan juga dengan Pakatan Harapan.

Tetapi kita tahu mereka hendak mencari modal kerana mereka sedar dalam senario politik di Malaysia ini ialah pertarungan sebenarnya ialah siapa yang akan dapat untuk nak mendapat kerusi pengundi-pengundi kawasan Melayu. Sebab itu dia nak pastikan supaya PAS ini hilang daripada parti yang menjadi orang sebut sebagai parti yang mencabar kepada kekuatan Umno dan Barisan Nasional.
Yang boleh challenge untuk nak mendapat kerusi Melayu ini ialah terdiri daripada Umno dengan PAS sahaja. Ini yang menjadi tidak boleh dinafikan oleh siapa pun. Sebab itu dekat mana ada Cawangan Umno, insyaa Allah di situlah juga ada Cawangan PAS.

Dan politik Melayu dia berbeza dengan politik orang bukan Melayu. Sebab itu Cina DAP dia tak perlu ada organisasi yang kuat. Dia lebih kepada tiupan sentimen sebagainya isu yang boleh untuk mereka itu mendapat sokongan. Berbeza dengan orang Melayu, orang Melayu politik dia politik yang kena santuni, politik yang perlu kita dekati mereka.

Ini yang perlu sehinggakan ada istilah yang kita lihat politik orang Melayu ini oleh politik KBSN, Kahwin, Bersalin, Sakit, Mati. Walaupun kita kadang-kadang kita menyuarakan pandangan-pandangan mereka di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, tetapi kalau kita tidak mengambil berat berkenaan dengan soal yang saya sebut tadi, maka kita akan kehilangan sokongan dari kalangan pengundi-pengundi di sana. Ini yang menjadi kelainan.

Sebab itu yang boleh challenge benda ini ialah daripada PAS. Jadi akhirnya orang mereka tahu untuk nak mendapat sokongan ini maka mereka letakkan PAS ini seolah-olah satu rakit dengan Umno dan Barisan Nasional. Sedangkan Tok Guru Presiden dah beritahu berkali-kali, tak akanlah kita pula nak menyertai, nak bergabung dengan Umno sedangkan kapal mereka sendiri pun sudah nak karam.

Terutama di kalangan anak-anak muda pada hari ini, saya lihat apabila saya menghadiri dalam program Fastaqim pada 24 haribulan dua yang lalu di Sri Gading. Kita melihat bagaimana kehadiran hampir 70 peratus ialah anak-anak muda. Ini apa petanda himpunan Fastaqim yang dihadiri hampir dekat 10 ribu anak-anak muda berhimpun? Ini di Johor, bukannya di Pulau Pinang, bukannya di Kedah, bukannya di Terengganu, bukannya di Kelantan. Tetapi berlakunya ialah di Johor.

Ertinya, masa depan PAS ini menjadi pengharapan terutama dari kalangan generasi-generasi muda yang menganggap bahawasanya soal Umno hari ini tidak lagi boleh menjadikan naungan kepada kuasa politik Melayu. Maka dengan sebab itu mereka cuba untuk nak palitkan PAS dengan bersama-sama dengan Umno Barisan Nasional.

Tapi yang paling kelakarnya ialah apa dia? Yang kata kita ini nak join dengan Umno ini, mereka ini pun bekas orang yang makan dedak Umno lama dah. Dan mereka ini pula bukan marah kerana Umno, mereka marah ini dulu dapat dedak banyak. Sekarang dedak dah tak dapat. Dia lebih kurang macam harimaulah, biasa duduk makan daging, tuan dia bagi makan kedarah masin, itu terkam makan tuan dia.

Jadi PAS ini tidak, PAS ialah kita berbeza dengan Umno ini ialah soal dasar. Maksud dasarnya ialah dalam konteks yang kita lihat kerana Umno pada hari ini dia bukan kita kata dia tak buat Islam, buat. Tapi Islam yang dia buat itu dalam bentuk yang tidak syumul. Dia menerima tentang ayat berkenaan dengan zakat, ayat puasa, ayat haji, ayat sembahyang. Tetapi bab-bab berkenaan dengan judi, bab arak, ini benda-benda yang dia tidak praktiskan. Menyebabkan kita lawan dengan Umno dalam konteks begitu.

Kerana kita dengan Umno ini kena ingat, yang kita lawannya ialah bukan orangnya, (tetapi yang kita lawan adalah) dasar dia. Kita nak selamatkan orangnya. Dekat dalam Umno ini bukan orang lain tuan-tuan, Umno ini kadang-kadang bapa kita, mak kita, mak pak saudara, menantu, besan, biras.

 Kadang-kadang yang lecehnya Umno itu isteri kita, itu paling leceh sekali itu. Dengar ke suami itu takbir, pecah markas. Bini selendang merah lagi. Tapi tak apalah, itu nak sebut dalam konteks yang kita lihat, yang kita nampak. Tak apa.

Itu sebab itu kita kata kita bukan kerana bukan orang, fizikalnya, yang kita nak lawannya ialah soal fahaman dia yang kita nak perbetulkan. Maknanya kita nak selamatkan orang ini bersama-sama dengan rakit kita, bersama-sama dengan kawan kita.

Jadi, mereka kata hari ini kita dah orang panggil apa dengan Umno ini kita tak lantang, kita tak kritik. Cuba beritahu dasar mana yang kita puji? Tolong beritahu, listkan, senarai mana yang kita puji? PPSMI hari ini kita konsisten, sampai hari ini. Pakatan Harapan dah nak hidup balik PPSMI. DLP, Dual Languange Program hat duduk berjalan hari ini, PAS lantang. Pakatan Harapan tak menentang kuat (DLP).

FGV, Felda, GST, isu-isu kita kata rasuah sebagainya, 1MDB, semua kita suarakan. Jadi kadang-kadang mereka kata PAS ini tak suara sebagainya, masalahnya mereka dapat maklumat daripada yang lain. Maklumat bukan. Dia nak dapat maklumat yang sebenar kena bacalah Harakah, HarakahDaily, jangan baca portal-portal yang tidak memberikan orang kata apa maklumat yang adil kepada PAS. Jadi memang tak akan bertemulah isu-isu yang PAS bangkitkan perkara ini.

Samalah juga ini soal pendekatan. Kami bila guna politik matang sejahtera, PAS ini pengalaman kita kata pengalaman kita konflik, confront kita pernah buat. Kita dah tengok, bukan kita kata zaman itu tak betul, pendekatan dia betul. Tapi bila sampai satu ketika kita lihat rakyat hari ini sudah berbeza, dah matang. Hari ini pendekatan politik kita, kita tak boleh guna macam zaman dulu. Zaman dulu zaman tidak ada media sosial. Hari ini pun kita kena jaga dari segi tutur kata dan sebagainya perlu kita lihat.

Zaman hari ini zaman yang cukup pantas dari segi maklumatnya. Maka PAS guna pendekatan-pendekatan yang kita nak supaya matang sejahtera untuk supaya bukan sahaja kita menentang, malahan kita mencadangkan penyelesaiannya.

Macamlah juga Pakatan Harapan. Siapa sangka dulu undur-undur, undur Mahathir, undur-undur, undur Mahathir. Mahathir tak undur. Lama rehat, kita pula puak-puak Pakatan Harapan pula penaikkan Mahathir jadi Perdana Menteri. Jadi itu dah awak rasakan itu pendekatan awak yang awak rasa boleh menang untuk Malaysia. Awak katakan ini cara awak nak jatuhkan Umno Barisan Nasional. Tak apalah.

Tapi jangan pula apabila kami pula menggunakan pendekatan yang berbeza, awak anggap bila undi PAS sama macam undi Umno Barisan Nasional. Sedangkan sebahagian besar termasuk Presiden sendiri tak pernah kita pegang isi borang Umno. Dan kita lihat orang duduk hentam kita itu ialah orang yang makan dedak Umno, kaya, bina mahligai, bina orang kata kaya raya sebagainya ialah bersama dengan Umno. Kami tidak pernah, tidak ada keturunan, saya sendirilah secara personal, Tok Guru sendiri pun tidak ada keturunan kami yang daripada Umno, daripada Umno.

Kadang-kadang seronok, kadang-kadang tengok puak-puak yang duduk hentam kata PAS ini kononnya dapat duit daripada Najiblah, dapat duit Umno sebagainya. Nak beritahu, kami tak pernah makan dedak Umno, makan duit Umno sebagaimana mereka. Kita kenal seorang-seorang, pak mereka bukan kaya mana. Mereka kaya pasal apa? Pasal kadang-kadang diuji jadi pengampu waktu pegang media Barisan Nasional, kerja dengan media-media perdana dulu. Merekalah yang menjadi pengampu, dia spin isu-isu sebagainya.

Sekarang ini zaman hari ini Najib tak bagi mereka, mereka mengamuk. Ini sahaja, bukan kerana prinsip. Sebab itu kalau Najib bagi lebih seringgit besok ini, pakat bondong-bondong pakat masuk Umno. Sorry to saylah, kita tidak sikap begitu.

Kita menentang ialah soal dasar, kita nak menyelamatkan orang, bukannya kerana sentimen peribadi, bukan kerana apa. Yang penting ialah kita nak selamatkan orang bersama-sama dengan Islam itu sendiri.

(Teks transkrip dari Ucapan Naib Presiden PAS di Live Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat malam tadi yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR-

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.