https://critoxium.com/shop/

Terkini

Akhbar 'dimatikan' untuk jadi risalah BN?

Bekas pengarang kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain, menyindir cara pemberitaan akhbar utama negara ini yang disifatkannya menukar sifat media massa berkenaan.

Kata Ku Seman, mulai hari ini akhbar dimatikan sehingga berlangsungnya PRU bagi memberi laluan kepada 'risalah' BN.

'Risalah' itu katanya akan terus diletakkan di kedai-kedai yang menjual surat khabar untuk dibeli dan dibaca orang ramai.

"Kewartawanan? Wartawan? Mana ada," katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk laporan semua akhbar utama hari ini yang menyiarkan berita mengenai manifesto Hebatkan Negaraku dilancar Presiden BN Datuk Seri Najib Razak di Bukit Jalil baru ni

Sejak sekian lama media massa yang dikuasai parti dalam BN memberi liputan besar-besaran kepada pelancaran manifesto sebegitu.

Untuk rekod majlis pengumuman manifesto itu juga disiarkan secara langsung oleh stesen TV kerajaan dan swasta baru ini

Utusan Melayu (M) Bhd adalah syarikat yang dimiliki oleh Umno dan Ku Seman pernah berkhidmat di situ selama lebih 30 tahun.


Kata Ku Seman secara sinis, amalan kewartawanan serta wartawan yang membuat liputan tidak diperlukan bagi menyiapkan sesebuah risalah.

"Jadi, kalau surat khabar semakin dijauhi, dicurigai, jangan salahkan pembaca," katanya.
Hal itu kerana kata Ku Seman lagi pembaca kini boleh membezakan antara surat khabar dan risalah parti.

Parlimen Malaysia dibubarkan pada 7 Apr dan mengikut perlembagaan Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh selama 60 hari untuk menngadakan pilihan raya umum (PRU).
Apabila diadakan nanti ia adalah PRU yang ke-14 untuk negara ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.