BN menang lebih besar, tapi Razif masih kekal MB?
KUALA TERENGGANU, 5 April — Barisan Nasional Terengganu yakin dapat
menambah sejumlah kerusi daripada 17, menjauhkannya daripada ancaman
PAS.
Namun ia sekali lagi berdepan persoalan menteri besar seperti yang pernah dialami oleh dua menteri besar sebelum Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Malah, sejak negeri ini jatuh di tangan PAS pada 1999, semua menteri besar memerintah selama satu penggal, kemungkinan termasuk Razif.
Berbeza daripada Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Said yang diganti selepas pilihan raya, isu penggantian Razif muncul sekarang.
Mungkin BN sudah yakin kekuatannya meningkat atau stabil, seperti di Melaka dan Johor pada 2013, ura-ura pertukaran menteri besar timbul saat ini.
Namun tidak sama dengan dua pendahulunya, Razif yang muncul pada 2008 tidak pernah mengetuai pilihan raya walau Ahmad yang sudah berpengalaman juga gagal mengekang kemaraan PAS pada 2013.
PAS menambah kerusi daripada hanya lapan pada 2008 kepada 14 kerusi.
Ura-ura Razif diganti dengan pegawai perdana menteri Datuk Jailani Ngah bergerak di kalangan pemimpin Umno sebelum isu ini dilapor baru-baru ini.
Jailani, setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak, yang berpendidikan agama disebut-sebut akan bertanding di kerusi Batu Rakit.
Walau siapa penggantinya, sumber Umno memaklumkan kepada ProjekMMO, Razif akan “bertanding di kerusi parlimen” dalam pilihan raya umum nanti.
Namun isu penggantian beliau tidak ganjil kerana pelantikannya yang mendadak pada 2014 tidak dapat diterima dengan baik sepenuhnya.
Seorang
kanak-kanak berbasikal di bawah kibaran bendera-bendera PAS, Amanah dan
BN di sebatang jalan di Kampung Panji DUN Wakaf Mempelam, 22 Mac 2018. —
Foto oleh Azneal Ishak Walau beliau kurang dikenali
sebelum ini, kenaikannya dalam parti dan kerajaan sebagai exco kanan
setelah menang kali pertama menjadi buah mulut Umno.
Dalam keadaan begitupun, menurut sumber Umno parlimen Kuala Nerus, BN masih yakin ia boleh menang antara 25 hingga 28 kerusi, peningkatan sekurang-kurangnya lapan DUN lagi.
Enggan mendedahkan butiran lanjut kemenangan tersebut ketika ditemui baru-baru ini, beliau berkata calon yang mesra rakyat dan kelancaran jentera menjamin kemenangan BN.
Calon yang dekat dengan akar umbi itu mesti “mudoh base, mudoh kire” (mudah berurusan), tidak menunjuk mewah, warak, bersih dan tidak kedekut.
“Kalau calon molek, orang [jentera] kerja bersemangatlah,” katanya. Slogan BN kali ini, yang dilancar Razif, “Terengganu molek doh”.
Di parlimennya, beliau optimis BN boleh mengalahkan PAS dan merampas semula tiga DUN yang dimenangi parti Islam bawah majoriti 700 undi.
BN tewas di Kuala Nerus dengan majoriti tipis, 610 undi. Sementara kerusi negeri Tepuh (229 undi), Teluk Pasu (109) dan Bukit Tunggal (652).
Ia juga tewas di tujuh lagi kerusi negeri dengan majoriti bawah 1,000 undi, termasuk Rantau Abang (141 undi). Kecuali kubu kuat PAS Manir (588 undi), BN pernah menguasai kerusi-kerusi tersebut.
Umumnya BN menang bergaya dengan majoriti lebih kurang 1,500 undi kecuali DUN Kuala Berang (449 undi), Jabi (782) dan Jertih (930).
Seperti Manir yang tidak terlepas ke tangan BN pada 2004, Kemasik (majoriti 898 undi) tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang, walau pada 1999.
Beberapa
sumber PAS dan Umno melihat kehadiran serpihan Umno, Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM), tidak memberi dampak besar di Terengganu.
Begitu juga kemunculan PKR mulai 1999.
Sewaktu muncul Parti Melayu Semangat 46 pada 1990, serpihan Umno itu hanya menang dua kerusi, Bukit Tunggal (majoriti 237) dan Tanggul (kini Ajil, 16 undi). Dua kerusi ini gagal dipertahan pada 1995.
Perpecahan Umno hanya menguntungkan musuh tradisinya PAS, khususnya penolakan Umno terhadap menteri besar Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad mulai awal 1990-an.
Dicampur krisis nasional pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS dan PKR menguasai 28 kerusi pada 1999, suatu kejayaan luar biasa yang tidak mungkin berulang lagi.
PKR hanya menguasai DUN Bandar pada 1999 dengan majoriti kecil, 551 undi. Pada 2013, berkat kesatuan pembangkang, ia menang dengan 2,519 undi.
Pemimpin Umno Kuala Nerus itu bagaimanapun mengakui ada sedikit sebanyak kesan faktor Dr Mahathir kepada penyokong tua Umno. “Tetapi saya dapat maklumat daripada pegawai-pegawai kerajaan, ia OK [buat BN],” katanya.
Namun kini pembangkang berpecah. PAS enggan bersama PPBM dan serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah), perkembangan yang menguntungkan lagi BN. Pertama kali sejak 1990, BN berdepan pembangkang yang terpecah dua.
Namun seperti di negeri-negeri lain, pentadbiran Razif tidak sunyi daripada dipertikaikan sebilangan warga negeri ini.
Beberapa
peniaga kecil yang ditemui ProjekMMO baru-baru ini berang apabila BN
dituduh menghentikan bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Sebelum ini saya dapat, ... Mereka kata akan periksa tapi sudah tiga tahun [tidak dapat],” kata Zakani Yajid, 54, seorang peniaga keropok.
“Saya menyokong BN sebelum ini. Tetapi saya tidak mahu cakap hendak undi siapa kali ini. Masih pertimbangan 50-50.”
Seorang peniaga di medan selera Pantai Batu Burok kecewa dengan “campur tangan” menteri besar yang membolehkan penjaja kecil berniaga di sekitar pantai pelancongan itu.
“Kenapa campur tangan? Dulu di kaki lima tidak boleh ada jualan di Batu Burok. Sekarang?” kata seorang peniaga, 52, yang enggan dinamakan.
Peniaga itu sedar tersebarnya ura-ura Razif bakal digantikan, termasuk atas dakwaan hubungan dengan istana.
Spekulasi ini berkembang setelah pingat kebesarannya Datuk Seri ditarik balik pada April 2016 sebelum ia dianugerah kembali beberapa bulan kemudian.
“Di Kuala Terengganu ini, [BN hendak menang] tipis. Kali ini MB out... Liang [lahad] sudah siap, tinggal hendak baca talkin,” katanya.
Parlimen itu dimenangi PAS (kini Amanah) dengan majoriti 10,785 undi. Semua empat kerusi negeri dimenangi lebih 2,000 undi kecuali Ladang (924 undi).
Replika
Batu Bersurat Terengganu, di bulatan Ladang, dalam tulisan jawi sebagai
mercu tanda Kota Terengganu, 23 Mac 2018. ― Foto oleh Azneal Ishak Namun
untuk rekod, tokoh PAS Mohamad Sabu, kini presiden Amanah, tewas di
sini pada 2008 dengan majoriti 628 undi. PAS menguasai semula pada
pilihan raya kecil 2009 dengan kelebihan 2,631 undi.
Seperti di peringkat nasional, Umno di Terengganu beruntung apabila PAS tidak menyerangnya habis-habisan seperti pilihan raya sebelumnya.
Hubungan lebih lunak antara dua parti ini, khususnya dalam rangka usul rang undang-undang pindaan Akta 355 (RUU 355), mengendurkan banyak isu tempatan di negeri ini.
Keadaan ini kemungkinan besar membawa berkat buat BN untuk menonjolkan lagi kekuatannya walau siapa pun bakal mengetuai kerajaan negeri nanti.
Malah pembangunan yang semakin rancak di Kuala Nerus, setelah diisytihar daerah baru dan pusat pentadbiran baru kerajaan negeri, pasti memberi nilai tambah buat Umno, Razif dan kawasan parlimen ini.
Namun ia sekali lagi berdepan persoalan menteri besar seperti yang pernah dialami oleh dua menteri besar sebelum Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Malah, sejak negeri ini jatuh di tangan PAS pada 1999, semua menteri besar memerintah selama satu penggal, kemungkinan termasuk Razif.
Berbeza daripada Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Said yang diganti selepas pilihan raya, isu penggantian Razif muncul sekarang.
Mungkin BN sudah yakin kekuatannya meningkat atau stabil, seperti di Melaka dan Johor pada 2013, ura-ura pertukaran menteri besar timbul saat ini.
Namun tidak sama dengan dua pendahulunya, Razif yang muncul pada 2008 tidak pernah mengetuai pilihan raya walau Ahmad yang sudah berpengalaman juga gagal mengekang kemaraan PAS pada 2013.
PAS menambah kerusi daripada hanya lapan pada 2008 kepada 14 kerusi.
Ura-ura Razif diganti dengan pegawai perdana menteri Datuk Jailani Ngah bergerak di kalangan pemimpin Umno sebelum isu ini dilapor baru-baru ini.
Jailani, setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak, yang berpendidikan agama disebut-sebut akan bertanding di kerusi Batu Rakit.
Walau siapa penggantinya, sumber Umno memaklumkan kepada ProjekMMO, Razif akan “bertanding di kerusi parlimen” dalam pilihan raya umum nanti.
Namun isu penggantian beliau tidak ganjil kerana pelantikannya yang mendadak pada 2014 tidak dapat diterima dengan baik sepenuhnya.
Dalam keadaan begitupun, menurut sumber Umno parlimen Kuala Nerus, BN masih yakin ia boleh menang antara 25 hingga 28 kerusi, peningkatan sekurang-kurangnya lapan DUN lagi.
Enggan mendedahkan butiran lanjut kemenangan tersebut ketika ditemui baru-baru ini, beliau berkata calon yang mesra rakyat dan kelancaran jentera menjamin kemenangan BN.
Calon yang dekat dengan akar umbi itu mesti “mudoh base, mudoh kire” (mudah berurusan), tidak menunjuk mewah, warak, bersih dan tidak kedekut.
“Kalau calon molek, orang [jentera] kerja bersemangatlah,” katanya. Slogan BN kali ini, yang dilancar Razif, “Terengganu molek doh”.
Di parlimennya, beliau optimis BN boleh mengalahkan PAS dan merampas semula tiga DUN yang dimenangi parti Islam bawah majoriti 700 undi.
BN tewas di Kuala Nerus dengan majoriti tipis, 610 undi. Sementara kerusi negeri Tepuh (229 undi), Teluk Pasu (109) dan Bukit Tunggal (652).
Ia juga tewas di tujuh lagi kerusi negeri dengan majoriti bawah 1,000 undi, termasuk Rantau Abang (141 undi). Kecuali kubu kuat PAS Manir (588 undi), BN pernah menguasai kerusi-kerusi tersebut.
Umumnya BN menang bergaya dengan majoriti lebih kurang 1,500 undi kecuali DUN Kuala Berang (449 undi), Jabi (782) dan Jertih (930).
Seperti Manir yang tidak terlepas ke tangan BN pada 2004, Kemasik (majoriti 898 undi) tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang, walau pada 1999.
Sewaktu muncul Parti Melayu Semangat 46 pada 1990, serpihan Umno itu hanya menang dua kerusi, Bukit Tunggal (majoriti 237) dan Tanggul (kini Ajil, 16 undi). Dua kerusi ini gagal dipertahan pada 1995.
Perpecahan Umno hanya menguntungkan musuh tradisinya PAS, khususnya penolakan Umno terhadap menteri besar Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad mulai awal 1990-an.
Dicampur krisis nasional pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS dan PKR menguasai 28 kerusi pada 1999, suatu kejayaan luar biasa yang tidak mungkin berulang lagi.
PKR hanya menguasai DUN Bandar pada 1999 dengan majoriti kecil, 551 undi. Pada 2013, berkat kesatuan pembangkang, ia menang dengan 2,519 undi.
Pemimpin Umno Kuala Nerus itu bagaimanapun mengakui ada sedikit sebanyak kesan faktor Dr Mahathir kepada penyokong tua Umno. “Tetapi saya dapat maklumat daripada pegawai-pegawai kerajaan, ia OK [buat BN],” katanya.
Namun kini pembangkang berpecah. PAS enggan bersama PPBM dan serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah), perkembangan yang menguntungkan lagi BN. Pertama kali sejak 1990, BN berdepan pembangkang yang terpecah dua.
Namun seperti di negeri-negeri lain, pentadbiran Razif tidak sunyi daripada dipertikaikan sebilangan warga negeri ini.
“Sebelum ini saya dapat, ... Mereka kata akan periksa tapi sudah tiga tahun [tidak dapat],” kata Zakani Yajid, 54, seorang peniaga keropok.
“Saya menyokong BN sebelum ini. Tetapi saya tidak mahu cakap hendak undi siapa kali ini. Masih pertimbangan 50-50.”
Seorang peniaga di medan selera Pantai Batu Burok kecewa dengan “campur tangan” menteri besar yang membolehkan penjaja kecil berniaga di sekitar pantai pelancongan itu.
“Kenapa campur tangan? Dulu di kaki lima tidak boleh ada jualan di Batu Burok. Sekarang?” kata seorang peniaga, 52, yang enggan dinamakan.
Peniaga itu sedar tersebarnya ura-ura Razif bakal digantikan, termasuk atas dakwaan hubungan dengan istana.
Spekulasi ini berkembang setelah pingat kebesarannya Datuk Seri ditarik balik pada April 2016 sebelum ia dianugerah kembali beberapa bulan kemudian.
“Di Kuala Terengganu ini, [BN hendak menang] tipis. Kali ini MB out... Liang [lahad] sudah siap, tinggal hendak baca talkin,” katanya.
Parlimen itu dimenangi PAS (kini Amanah) dengan majoriti 10,785 undi. Semua empat kerusi negeri dimenangi lebih 2,000 undi kecuali Ladang (924 undi).
Seperti di peringkat nasional, Umno di Terengganu beruntung apabila PAS tidak menyerangnya habis-habisan seperti pilihan raya sebelumnya.
Hubungan lebih lunak antara dua parti ini, khususnya dalam rangka usul rang undang-undang pindaan Akta 355 (RUU 355), mengendurkan banyak isu tempatan di negeri ini.
Keadaan ini kemungkinan besar membawa berkat buat BN untuk menonjolkan lagi kekuatannya walau siapa pun bakal mengetuai kerajaan negeri nanti.
Malah pembangunan yang semakin rancak di Kuala Nerus, setelah diisytihar daerah baru dan pusat pentadbiran baru kerajaan negeri, pasti memberi nilai tambah buat Umno, Razif dan kawasan parlimen ini.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.