https://critoxium.com/shop/

Terkini

DUN Pulau Pinang dijangka akan dibubarkan secara rasmi hari ini

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dijangka akan dibubarkan secara rasmi hari ini bagi membuka laluan kepada PRU ke-14 diadakan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dijadual menemui Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pagi ini sebelum membuat pengumuman pembubaran pada jam 1.45 petang.
Langkah itu diambil selaras dengan pembubaran parlimen seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 7 April lalu.

Mengikut perlembagaan Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai masa selama 60 hari untuk mengadakan PRU.

Selepas dibubarkan kerajaan negeri secara rasmi akan dikenali sebagai kerajaan sementara - suatu amalan yang lazim dilakukan di kebanyakan negara demokrasi di dunia ini.

Semua anggota exco Pulau Pinang juga dijangka menyerahkan kunci kereta rasmi masing-masing kepada setiausaha kerajaan Pulau Pinang.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan mereka menggunakan kemudahan kerajaan dalam aktiviti parti.

Pada 2013 Lim mengumumkan pembubaran DUN Pulau Pinang pada hari Jumaat yang dianggapnya sebagai hari yang "sesuai dan mulia."

Kali ini pembubaran dan pengumuman kerajaan sementara itu dibuat ketika Lim berdepan tindakan undang-undang kerana dituduh melakukan rasuah.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu akan disambung minggu ini selepas ditangguhkan selama tiga hari kerana persidangan Dewan Rakyat.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.