Kemenangan Sisi langsungkan 'Deal of The Century'
OLEH ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
GENERAL Abdul Fattah
Sisi sekali lagi dipilih memenangi pilihan raya Presiden Mesir dengan
meraih undi sebanyak 92 peratus meninggalkan pencabarnya Musa Mustafa.
Jurang angka yang terlalu aneh tersebut menggambarkan realiti
kepincangan demokrasi di negara Arab. Sementara itu terdapat 2 juta undi
rosak sebagai isyarat protes dari rakyat yang kecewa dengan senario
politik di Mesir.
Mengapa Sisi perlu menang?
Mesir merupakan negara yang berjiran dengan Israel. Ia juga sebagai negara yang terlibat dalam plan pemetaan semula Asia Barat. Terutamanya dalam projek perluasan Israel dan pemindahan Palestin.
Untuk melangsungkan agenda tersebut,
sudah pasti Sisi diperlukan untuk terus menguasai Mesir. Ini
memandangkan beliau terlibat dalam perundingan projek tersebut sejak
fasa awal. Jika tampuk kepimpinan Mesir diganti dengan presiden lain,
sudah pasti membantutkan kelangsungan usaha jangka panjang tersebut.
Apa khabar 'Deal of The Century'?
Plan yang cukup besar ini telah
termeterai sejak 2017, membabitkan negara-negara Arab dan Eropah. Ia
juga merupakan projek besar-besaran Amerika yang dilaksanakan oleh
Trump.
Plan ini turut mengingatkan
kita apa yang telah diagendakan oleh Theodor Herzl sekitar 100 tahun
yang lalu, bahawa Zionis mahukan perluasan kawasan Israel dari sungai
Furat hingga ke sungai Nil.
Fasa awal kepada projek tersebut adalah
pemindahan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Jurusalem. Ia disokong
penuh oleh Amerika dan kini sedang berlangsung.
Gaza dihalau ke Sinai
Di sinilah menampakkan signifikan Mesir dalam menjayakan 'Deal of The Century'. Pendirian Sisi yang cukup tajam dengan kumpulan Islam dan lunak dengan Israel bukanlah satu pertikaian. Ia amat dimaklumi.
Tahun 2018 merupakan tahun Mesir
menunjukkan komitmen penuh dengan 'menyapu' halangan-halangan yang
berada di Sinai. Ia sebagai persediaan.
H. R McMaster selaku Pegawai Tinggi
Tentera Amerika telah membuat perakuan terhadap projek besar ini.
Seramai 9 juta penduduk Palestin akan dipindahkan secara beransur-ansur
ke Semenanjung Sinai yang telah dikerat dua.
Keluasan Semenanjung Sinai adalah 60,000
km persegi. Wilayah baharu bagi Palestin di Sinai akan dibahagikan
separuh, iaitu seluas 30,000 km persegi.
Infrastruktur Palestin baharu
Demi menjayakan projek perluasan Israel, negara-negara yang bersekongkol dengan agenda 'Deal of The Century' telah berkongsi komitmen menyuntik dana buat masa ini sebanyak USD 2.5 billion.
Negara-negara teluk menyumbang USD 1.5
billion. Kesatuan Eropah dan Amerika menyumbang USD 700 juta. Sementara
Korea Selatan dan Jepun menyuntik USD 300 juta.
Projek menyediakan infrastruktur bagi
Palestin Baharu dijangkakan memakan masa selama 30 tahun. Ia kelihatan
baik kononnya untuk memberi penempatan baharu buat warga Palestin. Namun
hakikatnya ia merupakan operasi menghalau mereka secara beransur-ansur
dan meluaskan sempadan Israel.
Sisi sebagai antara pelaksana kepada
projek besar ini. Beliau akan sentiasa dipastikan menang untuk terus
menerajui Mesir walau dengan apa cara sekalipun.
Saudaraku yang tersepit
Saudara-saudara seiman kita di Gaza sedang bergelut dengan agenda celaka ini. Semalam (30 Mac 2018), mereka melancarkan 'The Great Return March' sebagai reaksi terhadap kepungan berpanjangan.
Sementara Amerika tetap berdegil
meneruskan nekad mereka bersama Israel, memindahkan ibu negara Israel
dari Tel Aviv ke Jurusalem. Apakah kita masih tidak nampak agenda
sebenar di sebalik segala apa yang berlaku di Asia Barat?





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.