https://critoxium.com/shop/

Terkini

KTMB: Tiket habis terjual dalam masa 2 jam selepas umum Adam Abu Bakar | April 14, 2018

PETALING JAYA: Semua tiket ke utara Malaysia Barat habis terjual dalam masa 2 jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penetapan hari mengundi Selasa lalu.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Nawawi Ahmad berkata jumlah perjalanan sedia ada tidak dapat menampung permintaan tinggi ke arah utara seperti ke Ipoh, Perak dan Alor Setar, Kedah.

Nawawi berkata antara rancangan mengatasi masalah itu ialah menambah jumlah perjalanan hujung minggu daripada 40 perjalanan sehari.

“Jumlah tambahan perjalanan masih belum diketahui dan dalam perbincangan dengan pihak pengurusan. Penyelesaian lain akan dicari jika tidak dapat menampung permintaan,” katanya.

SPR menetapkan hari pengundian jatuh pada 9 Mei, ditengah-tengah minggu bekerja, menyebabkan orang ramai berpusu-pusu memohon cuti dan mencari jalan pulang ke kawasan mengundi masing-masing.

Putrajaya, Sarawak dan Sabah mengumumkan tarikh tersebut sebagai cuti umum tambahan.
Sementara itu, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Semenanjung dilaporkan berkata tiket bas ekspres ke Kelantan dan Terengganu bagi perjalanan 7 hingga 11 Mei habis terjual.

Yang Dipertua Tajuddin Mohd Yunus berkata tiket bas ekspres ke utara dan selatan Malaysia Barat bagi tempoh yang sama masih dibuka. Beliau berkata kira-kira 35,000 tiket disediakan setiap hari untuk tempoh tersebut.

“Bergantung kepada syarikat-syarikat bas ekspres untuk menambah bilangan bas bagi perjalanan pulang untuk mengundi,” katanya.-FMT

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.