Maszlee Malik jual emas, perak demi kempen Pakatan
KUALA LUMPUR, — Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Parlimen Simpang Renggam menggerakkan kempen jualan emas dan perak bagi
mendanai kempen pilihan raya.
Menyertai parti itu sejak Mac lalu, Maszlee Malik berkata koleksi unik memorabilia tersebut signifikan dan membawa simbolik kepada orang ramai.
“Daripada memberi kemeja-T yang akhirnya pudar atau dibuang, bahan tersebut (emas dan perak) bersifat kekal sekaligus mengingatkan mereka tentang saya,” katanya.
“Emas dan perak juga simbol kebebasan dan nasib”.
Menentang penyandang Barisan Nasional Liang Teck Ming pada PRU14, Maszlee mendakwa orang ramai berminat mendanai kempen tersebut dengan menebus memorabilia emas dan perak itu.
Bagi kempen tersebut, setiap satu gram memorabilia perak 999 bernilai RM300; satu dirham perak 999 (RM500) dan 0.5 gram emas 999 (RM1,000).

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.