PRU14 & kelemauan mahasiswa
OLEH FAISAL TEHRANI
Imbas kembali pilihan raya 5 Mei 2013, berlaku
pertembungan sengit antara dua kumpulan politik iaitu BN dan Pakatan
Rakyat. Kumpulan pembangkang yang diketuai oleh ketua gerakan siswa
dalam era 1970-an; Anwar Ibrahim menguasai 89 kerusi parlimen dari
jumlah besar 222 kerusi.
Meskipun meraih lebih 51 peratus undi popular,
sistem pilihan raya FPTP yang diwarisi oleh Malaysia dari British tidak
memungkinkan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Pakatan Rakyat
kemudian menganjurkan siri bantahan besar dan menuduh parti yang
menguasai kerajaan bersekongkol dengan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk
menipu pilihan raya yang lalu.
Pada 13 Mei 2013, badan bukan kerajaan bernama
Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM),
antara lain diketuai Adam Adli (siswa Universiti Pendidikan Sultan
Idris) telah menganjurkan sebuah acara iaitu ‘Rapat Rakyat 13 Mei: Hari
Bangsa Malaysia — Selamatkan Demokrasi’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala
Lumpur & Selangor (KLSCAH). Adalah jelas perhimpunan tersebut untuk
menolak keputusan pilihan raya 2013 di mana retorik untuk mengajak
peserta ke acara tersebut antara lain menyatakan ‘demokrasi dinafi’,
‘kemenangan rakyat dinafikan’, ‘kecurangan pilihanraya diatur’ dan
‘pilihan raya terkotor dalam sejarah’. Adam Adli adalah salah seorang
dari panel yang berucap di acara tersebut. Ekoran dari ucapannya, pada
18 Mei 2013, aktivis mahasiswa tersebut telah ditahan bawah Seksyen 4(1)
Akta Hasutan 1948 dan ditahan di lokap di Jinjang.
Penahanan Adam Adli di Jinjang serta merta mencetus kebangkitan peers mahasiswa
di Facebook. Selain wujudnya akaun ‘We Are All Adam Adli’ dengan jumlah
‘likes’ melebihi 48,000, sebuah akaun bernama ‘Mama Wants Adam Home’
turut dilancarkan. Setiap malam selepas penahanan beliau, sejumlah besar
anak muda pelbagai kaum mulai berhimpun di luar lokap Jinjang untuk
menyatakan solidariti. Penahanan Adam Adli serta merta meraih simpati
awam.
Peguam Syahredzan Johan menggambarkan suasana di Jinjang
sepanjang penahanan Adam Adli sebagai sesuatu yang fenomenal di mana
tembok perkauman terburai. Apatah lagi jumlah demonstran yang ramai di
Jinjang tersebut adalah mereka yang beretnik Cina datang mempertahankan
nasib seorang remaja beretnik Melayu; Syahredzan menulis:
“Realitinya, keputusan PRU ke-13 adalah tsunami bandar,
tsunami kelas menengah dan tsunami orang muda, bukan tsunami Cina.
Realitinya, semakin hebat tekanan yang dikenakan oleh pihak pemerintah,
semakin utuh jalinan perpaduan. Realitinya Adam Adli bukan lagi seorang
Melayu, tetapi seorang anak Malaysia yang diperlakukan dengan tidak
adil. Dan apa yang berlaku di Jinjang selama minggu lepas adalah contoh
terbaik realiti baru ini.”
Pada 22 Mei 2013, satu kekecohan berlaku selepas polis
menahan 18 orang yang hadir memegang lilin di luar balai polis Jinjang.
Kumpulan anak muda yang ditahan tersebut kemudian dibebaskan dan dirai
sebagai wira dengan sorakan dan tepukan. Pada 23 Mei, Mahkamah Seksyen
membebaskan Adam Adli dari tahanan reman dengan ikat jamin RM5,000
dengan seorang penjamin.Rentetan dari insiden di atas tidak berakhir
begitu sahaja. Pada 25 Mei, lebih 70,000 orang awam berhimpun di padang hadapan Amcorp Mall,
Petaling Jaya untuk memprotes keputusan pilihan raya ke 13. Acara
tersebut adalah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama 58 buah badan bukan kerajaan yang
lain.
Persenda Zahid
Di acara tersebut, Mohd Safwan Anang, mahasiswa Universiti Malaya telah mempersendakan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang sebelumnya menganjurkan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya ke-13 supaya berhijrah ke luar negara; “Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?”.
Pada 28 Mei 2013, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah ditahan bersama tiga aktivis Pakatan Rakyat iaitu Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, aktivis Asalkan Bukan Umno, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar. Hari berikutnya, keempat mereka didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Safwan Anang bagaimanapun enggan diikat jamin kerana menyifatkan tindakan dakwaan tersebut adalah bermotif politik. Beliau juga menyatakan tindakan menolak ikat jamin sebagai satu protes dan sebagai mesej jelas bahawa siswa benar-benar serius dalam ‘melawan penipuan’:

“Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin
memulihkan demokrasi yang makin tenat. Ini juga mesej jelas kepada anak
muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam
tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang
lawan penipuan.”
Safwan kemudian telah dihantar ke penjara Sungai Buloh. Rakan segenerasi atau peers telah
mencipta pula akaun Facebook ‘We Are All Safwan Anang’ dengan lebih
13,000 ‘likes’. Seperti situasi yang berlaku sebelumnya di Jinjang, awam
terutama anak muda telah menyatakan solidariti dan mulai berhimpun di
luar penjara Sungai Buloh pada malam hari. Himpunan tersebut dimeriahkan
dengan ucapan, bacaan sajak dan lain-lain lagi.
Nyalaan lilin di Jinjang pada tahun 2013 itu terpadam
begitu sahaja. Menjelang pilihan raya umum ke-14, suara melawan
mahasiswa tidak lagi semarak lima tahun lalu. Hanya terdapat beberapa
insiden kecil yang tidak menggelombang seperti pada tahun 2013.Adakah
api siswa itu terpadam ekoran apa yang berlaku pada tahun 2016? Dua
tahun lalu, 15 orang mahasiswa universiti tempatan menerima hukuman disiplin
kerana hadir perhimpunan 'Tangkap MO1' di Dataran Merdeka. Ia
disebut-sebut menjadi sebab mengapa suara mahasiswa kelihatan berlalu
begitu sahaja malah menyebabkan kedinginan siswa terhadap aktiviti
berpolitik.
Awal tahun 2018 ini terdapat suara lemah dari mahasiswa. 100 orang mahasiswa diketuai Faizzuddin Mohd Zar dari Sekretariat Ummah Siswa Malaysia (Ummah Siswa) dan Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahaya berhimpun di Sogo dengan melilit kain putih di kepala pada 10 Mac 2018 sempena pelancaran himpunan dan kempen dinamakan Himpunan Anak Muda Selamatkan Tanah Rizab Melayu anjuran Sekretariat Ummah Siswa Malaysia (Ummah Siswa).

Sehingga hari ini apakah
nasib kempen yang dilancarkan itu tidak kedengaran.
Pada 14 April 2018 pula sekumpulan aktivis yang menamakan diri mereka “Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL)” mengadakan “Perhimpunan Tangkap Pencuri”.
Kumpulan siswa ini menjelaskan objektif rapat tersebut iaitu ‘mahu
menyelamatkan negara kita, yang kini berdepan dengan masalah hutang yang
parah, rentetan dari skandal 1MDB’. Rapat tersebut bagaimanapun kurang
mendapat sambutan.
Tak daftar mengundi
Kehadiran Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang rancak berpolitik ketika masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dan kini menjadi calon Pakatan Harapan di Muar, Johor tidak membawa sama arus jelas mahasiswa dalam PRU yang ke 14 ini. Sementara nama Safwan Anang, dan Adam Adli yang pernah menggelora pada tahun 2013 tidak lagi ditagih seperti dulu.

Lebih lemau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendakwa
“kebanyakan pelajar institusi pendidikan tinggi tidak berdaftar sebagai
pemilih” kerana empat sebab iaitu pertama; beranggapan mereka tidak
perlu mendaftar. Kedua, siswa memberi alasan tidak tahu tempat
pendaftaran. Ketiga, terdapat siswa memberi alasan enggan terbabit dalam
politik dan keempat, siswa juga berpendapat undi mereka tidak bermakna
hingga tidak mahu mendaftar sebagai pemilih.
Pada Januari 2018, Penolong Pengarah Akademi Pilihan Raya, Abdul Fatah Mohd Pilus mendedahkan kelemauan golongan siswa ini apabila terdapat sebuah universiti dengan 5,000 orang siswa berumur 21 tahun tidak mendaftar mengundi. Adalah dipercayai seramai 3.6 juta orang muda berusia 21 tahun ke atas termasuk golongan mahasiswa masih belum menjalankan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa pada 9 Mei 2018
ini, Malaysia akan sekali lagi melangkah ke gerbang amalan demokrasi
dengan kesakitan. Demokrasi kita melangkah dengan kaki tempang.
Rata-rata anak muda, atau mahasiswa yang sepatutnya menyumbang kepada
suara penentuan masa depan negara, memilih untuk tidak terlibat.
Tekanan, dan pemomokan bertahun lamanya, dan pelunyaian terhadap
mahasiswa sejak 2013 telah berjaya menjauhkan mereka dari penyertaan
untuk membangunkan negara ini.
Inilah antara lain hakikat sedih demokrasi di Malaysia.
FAISAL TEHRANI pengarang dan felo pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.