https://critoxium.com/shop/

Terkini

Selepas Khairuddin, siapa lagi wakil rakyat PAS sertai PH?

OLEH ALIFF FIKRI AZIZ

 KUALA LUMPUR, 9 April — Beberapa bekas wakil rakyat PAS dijangka mengikut jejak Mohd Khairuddin Othman meninggal parti itu, kata PKR Selangor. 
Ketua komunikasinya Hizwan Ahmad berkata penyertaan mereka bersama Pakatan Harapan kemungkinan akan berlaku menjelang pilihan raya nanti.

“Ya, kemungkinan akan ada lagi ahli PAS Selangor sertai PKR dan Pakatan Harapan,” katanya ketika dihubungi ProjekMMO hari ini.

“Tetapi siapa dan berapa jumlahnya saya tidak boleh nyatakan, kerana kami masih lagi dalam perbincangan.”

Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali dalam satu ceramah malam tadi mengumumkan Mohd Khairuddin, penyandang kerusi Paya Jaras, menyertai PKR.

Pada 2013, bekas setiausaha PAS negeri itu menang 5,522 undi. Beliau mendapat 21,808 undi, mengalahkan calon BN Muhammad Bushro Mat Johor.

Desas-desus beberapa orang lagi bekas wakil rakyat PAS Selangor bertiup sejak tahun lalu, antaranya susulan sikap PAS enggan bersama PH.

Mohd Khairuddin sendiri digugurkan daripada barisan kepemimpinan negeri setelah beliau dilaporkan tidak bersetuju PAS bertembung dengan PH.

PAS bertanding 20 kerusi pada 2013 dan berjaya menang 15 kerusi, termasuk dua wakil rakyat yang berpaling menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Kali ini, PAS dilaporkan bertanding di 42 daripada 56 kerusi di Selangor.

Susulan rundingan membawa masuk bekas wakil-wakil PAS itu, perbincangan kerusi antara komponen PH Selangor belum dapat dimuktamadkan hingga kini.

Difahamkan Mohd Khairuddin yakin dapat mempertahankan Paya Jaras walau ada ura-ura beliau mahu diletakkan di kerusi parlimen atas tiket PH.

ProjekMMO difahamkan sekurang-kurangnya dua lagi yang progabungan pembangkang itu akan meninggalkan PAS.

Sumber:themalaymailonline.com

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.