Terima Kasih Dr M lahirkan reformasi
Oleh Anuar Mohd Nor
Tidak salah kenyataan ini dibuat, lahirnya reformasi kerana Tun Dr Mahathir Mohamad. Ironis sekali, kita pernah dengar Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau terjebak dalam politik secara tidak sengaja “by accident”.
Nurul Izzah Anwar, anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan berkata kerana Dr Mahathir beliau masuk politik. Apa pun kita mungkin akan mendengar pula dari Dr Mahathir, kerana beliaulah, reformasi lahir. Ironis sekali, ia seakan nota bernada positif.
Asasnya semua boleh dijadikan sesuatu yang positif kalau kita melihat dari sudut yang berbeza. Malah sejarah sendiri boleh di manipulasi mengikut pandangan masing-masing dan kekal benar pada asasnya.
Namun adakah semua interpretasi yang dilihat dari sudut positif itu memberi kesan positif dan semua yang negatif memberi kesan negatif? Semua boleh dilihat dari sudut berbeza mengikut kemahuan dan keperluan. Oleh itu tidaklah salah kalau kita katakan tercetusnya reformasi adalah kerana Dr Mahathir?
Antara sebab lahirnya gerakan reformasi kerana kezaliman Dr Mahathir terhadap Anwar, menentang salah guna kuasa, membebaskan kuasa politik, mempengaruhi polis dan kehakiman dalam usaha membanteras apa yang dikatakan sebagai kronisme, nepotisme dan korupsi.
Semua ini dikatakan dilakukan Dr Mahathir selaku perdana menteri Malaysia dan presiden Umno pada ketika itu.
Reformasi bermula dengan lantang kerana mahukan Malaysia yang adil, sistem demokrasi yang sempurna, menuntut keadilan rakyat dan mahu menghapuskan korupsi.
Usaha penentangan terhadap apa yang dilakukan Dr Mahathir inilah yang melahirkan gerakan reformasi di luar ruang lingkup politik.
Ini juga yang memperhebatkan perjuangan pembangkang yang sama-sama mengambil kesempatan dalam pergolakan Umno dan isu pemecatan Anwar.
Semua seakan-akan perlu mengakui apa yang dilakukan Dr Mahathir memberi ruangan untuk parti politik lain yang seakan-akan tidak ada tempat dalam politik negara mendapat kewajaran tempat dan penerimaan tertentu. Maka adakah salah kalau kita mengatakan secara literal bahawa Dr Mahathir adalah punca kebangkitan reformasi pada 1998.
Mungkin kerana itulah Dr Mahathir diterima juga hari ini setelah lebih 20 tahun kehadiran reformasi sebagai kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) iaitu satu gabungan baharu, PKR, DAP, Amanah dan parti baharu beliau, PPBM.
Ini mengambil kira ketetapan PH untuk bersetuju meletakkan beliau sebagai perdana menteri Malaysia sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya ke 14 (PRU14). Mungkin berketepatan sebagai seorang yang bertanggungjawab melahirkan reformasi dan juga bertanggung jawab menggabungkan pembangkang yang wujud setelah 1998.
Sesuatu yang betul kalau kita memanipulasi sejarah, melihat sejarah dari sudut yang berbeza dan melihat dalam kerangka positif dan mencari justifikasi yang perlu untuk membenarkan yang tidak dan mengelirukan yang tidak benar.
Hari ini peranan mungkin dalam nada yang berbeza, peranan Dr Mahathir sewaktu pergolakan politik 1998 diterima sebagai sesuatu yang memberi kesan baik pada negara.
Setidak-tidaknya Pakatan Rakyat bersetuju sehingga sanggup berubah menjadi Pakatan Harapan, setidak-tidaknya kepimpinan parti seperti PKR, DAP dan Amanah bersetuju menerima peranan Dr Mahathir dan memartabatkan jasa beliau.
Setidak-tidaknya mereka yang terlibat dalam gerakan reformasi, yang mendapat darjat kebesaran sebagai “Orang Kena Tahan” dan kena pukul sewaktu demonstrasi kini boleh menerima Dr Mahathir sebagai pencetus reformasi dan sebagai pencetus perjuangan rakyat yang ironisnya beliau adalah subjek penentangan mereka.
Mereka yang mengambil kesempatan politik juga harus berterima kasih, kerana cetusan reformasi memberi mereka tempat sebagai wakil rakyat, ahli parlimen, exco kerajaan negeri untuk negeri yang dimenangi, kedudukan baik dalam syarikat milik kerajaan negeri dan habuan projek sehingga terlupa makna dan sejarah getir kebangkitan rakyat ketika itu.
Luka telah sembuh bagi mereka yang hari ini berkedudukan setelah tamat perjuangan reformasi. Kini wadah perjuangan reformasi yang menzahirkan PKR sudah memartabatkan Dr Mahathir sebagai kepimpinan tertinggi dan sedang berusaha untuk menjadikan beliau perdana menteri Malaysia.
Untuk PRU14 ini, kita senyapkan perkataan reformasi kerana perkataan reformasi akan menjadi alasan dan kempen untuk Barisan Nasional mencungkil penentangan kita terhadap Dr Mahathir.
Semuanya akan dilabel sebagai perjuangan politik dalam usaha untuk mencabar kuasa yang ada. Mungkin untuk membalas jasa Dr Mahathir inilah cabaran kepada kuasa yang wujud untuk menjadikan beliau perdana menteri.
Amat tempat sekali sekiranya wakil rakyat pembangkang, ahli parlimen PKR, Amanah dan DAP, exco kerajaan negeri yang dimenangi pembangkang, mereka yang mendapat perolehan, baik sebagai pemimpin syarikat milik penuh kerajaan negeri untuk negeri yang dimenangi, mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir yang menjadi sebab lahirnya reformasi dan meletakkan mereka di tempat yang mereka ada sekarang ini.
“Hidup Tun”, satu laungan baharu yang bergema dalam usaha menuju PRU14. Ironis sekali dan memang tidak diduga putaran sejarah seperti ini berlaku. Memang kita mudah lupa.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.