Umno dalam mimpi Muhyiddin
Oleh Mohd Firdaus Hamzah
Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu sedar, menang sewaktu dalam Barisan Nasional (BN) dan mahu menang di luar sebagai pembangkang bukan sama ukurannya.
Bukan sesuatu yang mudah. Sewaktu dalam Umno, segala langkah kerajaan dalam memperjuangkan nasib dan membela rakyat mampu dijadikan sebab untuk mengundi beliau.
Segala langkah untuk memastikan rakyat mengundi beliau dalam BN tersedia ada.
Segala langkah demi pembangunan dan membela nasib rakyat yang telah dilakukan kerajaan boleh dijadikan modal berkempen.
Sebaik keluar dari Umno, adakah Muhyiddin mampu melakukan yang serupa?
Apa sebenarnya jasa Muhyiddin atas kapasiti peribadi, mampu dihidang untuk pengundi terus memberi sokongan kepada beliau?
Terdapat perbezaan sewaktu dalam Umno dan hari ini di luar Umno. Isu yang mampu dibawa beliau hanyalah isu yang belum selesai, ukuran kejayaannya iaitu salah laku dalam 1MDB.
Ulangan 1MDB adalah modal yang boleh dibawa Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri.
Tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dijadikan modal yang berulang kali diberitahu kepada rakyat sebagai alasan untuk menukar kerajaan.
Ini sahaja yang dapat dibentangkan kepada rakyat untuk meraih undi. Selain itu, modal yang ada adalah manifesto dan alasan untuk menyelamatkan rakyat menjadi pertaruhan untuk meraih undi.
Tidak ada apa yang boleh dipersembahkan, selain daripada retorik isu serupa.
Sebenarnya, tidak ada alasan kukuh mampu dibawa Muhyiddin dalam usaha untuk meraih sokongan rakyat.
Pakatan Harapan (PH) juga tidak melihat kekuatan sebenar Muhyiddin, selain daripada jawatan lama beliau dalam Umno dan kerajaan.
Dalam pada itu, alasan PH (pada masa itu) menerima Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bergabung adalah untuk menarik undi Melayu.
Sungguhpun hari ini ia amat kabur dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya.
Sekiranya kita melihat kepada PH, gerakan untuk mendapatkan tsunami Melayu jelas tidak menyeluruh.
Belum ada cabaran yang nampak besar untuk tsunami Melayu berlaku. Berbeza pada waktu pelancaran gerakan Reformasi pada 1998.
Rakyat diajak untuk melakukan perubahan dengan menyajikan bukan sahaja kepincangan, tetapi menjemput rakyat bersama menuntut perubahan.
Kapasiti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang yang amat berkarismatik dan perlakuan zalim Dr Mahathir terhadapnya menjadi alasan besar meraih simpati rakyat untuk bersama beliau menentang kerajaan.
Anwar melemparkan dirinya untuk diadili rakyat dan membuka ruangan seluas-luasnya untuk meraih sokongan.
Kediaman beliau menjadi markas pertama untuk rakyat keluar masuk mendengar apa yang mahu dikatakannya.
Amat berbeza dengan perjuangan hari ini yang diterajui Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Tidak nampak jelas mereka menjadi inklusif kepada rakyat, apatah lagi untuk perjuangan Melayu itu sendiri.
Malah, ada yang mengatakan langkah Muhyiddin masih berlagak sebagai seorang timbalan perdana menteri dan bukan orang yang mahu membawa obor perjuangan khususnya Melayu.
Karakter ini dibawa dalam ceramah dan perjumpaan awam. Ini tidak menampakkan beliau adalah pembawa hasrat rakyat, melainkan hanya berusaha memastikan Datuk Seri Najib Razak ditumpaskan.
Sekiranya dilihat semula, seakan-akan beliau tidak menjadi representasi rakyat dalam usaha membela rakyat.
Apa yang jelas, seakan-akan beliau masih teragak-agak setelah meninggalkan Umno, melainkan satu alasan – menolak Najib.
Amat berbeza langkah dan caranya untuk menunjukkan beliau benar-benar menyesal sewaktu dalam Umno dan BN.
Tidak banyak persoalan yang diterbitkan beliau mengenai kegagalan Umno dalam memartabatkan perjuangan Melayu dan mengakui parti itu melakukan banyak kesalahan dalam usaha khususnya membela rakyat.
Mungkin beliau masih mengakui Umno banyak berjasa kepada orang Melayu khususnya dan pada rakyat amnya.
Kalau bukan kolaborasi beliau dengan Dr Mahathir, mungkin beliau tidak tercampak atau terkeluar dari Umno.
Apakah beliau sebenarnya berani mengakui selama ini Umno tidak banyak berjasa kepada orang Melayu?
Kalau beliau merasakan benar Umno banyak berjasa pada orang Melayu, kenapa beliau mahu meruntuhkan institusi unggul orang Melayu itu?
Muhyiddin sebenarnya masih percaya segala-galanya yang dilakukan Umno memberi banyak manfaat kepada orang Melayu, tetapi malang kerana politik dan kehendak tersendiri, beliau senyapkan perkara ini.
Mungkin orang Melayu harus terima, Umno banyak berjasa kepada kita dan untuk mencari alasan meruntuhkan institusi itu adalah hampir tidak ada.
Amat kesian kerana Umno masih muncul dalam mimpi Muhyiddin.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.