https://critoxium.com/shop/

Terkini

Macam Macam Ada Dalam Family - Muna Izzah Fadzil

Oleh Muna Izzah Fadzil

Perbezaan pendapat sering wujud. Gaduh adik beradik pastinya ada. Namun dihujahkan dengan ilmu. Emosi pun kuat sebab darah utagha.


Ketika kami kecil, almarhum Baba, Mama dan makngah Jamilah sering menganjurkan debat adik beradik termasuk sepupu-sepupu. Tok Hawa dan Tok Don pemerhati tetap.

Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Diberikan tajuk untuk berhujah dan berdebat. Di situlah disediakan ruang untuk meluahkan pandangan dan idea.

Menang tak dapat hadiah, kalah pun tak dapat hadiah. Yang dapat adalah berani bercakap depan orang.

Dalam keluarga ada yang pendiam dan cerdik seperti Abang Ammar Fadzil dan Aiman Fadzil.



Ada yang cantik, bersopan dan suara emas seperti Huda Fadzil dan Salwa Fadzil .

Dan yang bising lagi membisingkan namun bersuara Awie adalah Fauwaz Fadzil .

Ada juga yang hingaq dan nak menang, siapa lagi Faiz Fadzil .

Dan yang bongsu kami Ahmad Anas Fadzil , penghibur dan penenang Mama, Baba dan adik beradik.



Mama, almarhum Baba, almarhum Tok Hawa dan almarhum Tok Don, terima kasih menyayangi dan mendidik kami dengan kasih sayang serta nasihat. Terima kasih mendidik kami mencintai ilmu dan kasih sayang.

Membiarkan kami berhujah dan memarahi kami jika berlebihan hingga gaduh-gaduh. Tanpa itu, siapalah kami di dunia ini... -FB Muna Izzah Fadzil

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.