https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kita mahu bentuk kerajaan baru,Rakyat dambakan perubahan total.


Oleh Ahmad Lutfi Othman

Saya masih berharap teman2 dalam Pas akan mengundi PH.

Tiada beda besar antara Pas dan PH dari segi dasar dan tekad politik. Cuma, isunya, keupayaan dan kemampuan untuk tumbangkan UmnoBN. Secara solo (tak nampak pula GS itu), penyertaan Pas lebih memudahkan regim korup/kleptokrat kekal berkuasa.

Niat yang baik sahaja tidak memadai.

Kekuatan dan kemampuan untuk membentuk kerajaan baru harus diukur.

Saya percaya, kandungan manifesto Pas juga baik dan mementingkan kebajikan rakyat, mahu membaiki sistem yang rosak dan mereformasi institusi strategik.

Tapi mengundi Pas hanya menjadikan peluang menukar kerajaan bertambah tipis. Undi itu terbazir.

Tidak dinafikan Pas masih kuat di Kelantan dan Terengganu. Saya tidak terkejut jika Pas boleh tawan balik Terengganu tapi rebah di Kelantan, walaupun ada pengkaji meramalkan, Pas juga boleh kecundang teruk di Terengganu.

BN menunggu lama untuk kembali bertakhta di Kelantan. PH memang ada Husam Musa dan terkini bintang menyinar, Ustaz Nik Omar Nik Aziz. Warganya juga celik politik.

Tapi jika tiada kejutan baru, atau faktor Nik Omar gagal dimanfaatkan dengan berkesan, laluan BN nampak seolah2 sukar disekat.

Soalnya, kita mahu bentuk kerajaan baru. Bukan satu dua kerajaan negeri yang baru. Rakyat dambakan perubahan total.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.