https://critoxium.com/shop/

Terkini

Apa Yang Di Harap Kepada Kerajaan Pakatan Harapan ?



Oleh Mohd Sayuti Omar

Kerajaan PH adalah kerajaan baharu. Yang diharapkan ia membawa perubahan politik di negara ini.

Cukuplah 60 tahun kita dibelenggu dengan cara politik lama, maki hamun, dendam mendendami di antara satu sama lain.

Bangsa lain sudah jauh meninggalkan kita. Mereka juga berpolitik, tetapi ada mentara dan tempoh waktunya. Kita juga perlu berbuat demikian jika kita ingin maju. Politik kita perlu dimerdekakan bersama merdekanya kita dari sebuah regim.

Tidak ada bezanya kerajaan PH kalau pengisiannya sama dengan kerajaan lalu. Mengekalkan budaya politik draconian yang diperkatakan tadi. Kita harus kelur dari jelumu hanyir itu.

Lima tahun sebelum bertemu Piraum akan datang satu masa yang agak lama. Kita boleh guna dan manfaatkan tempoh itu untuk memulihkan negera, mengembalikan maruah negara ditahap membanggakan. Kita memerlukan kepada kepercayaan luar untuk membantu kita.

Tugas dan tanggungjawab PH mereform itu sangat berat dan mencabar. Buktikan.

Apa yang dimulakan oleh kerajaan PH hari ini sudah tepat. Salah satunya Dr Mahathir membawa spiritual baharu dalam politik. Dendam mendendami semacam hendak dihapuskan. Pernyataan untuk memberi royalti petroleum kepada negeri pembangkang sebanyak 5% adalah permulaan terbaik.

Dalam kita bergerak mencapai kematangan politik ini jangan sahaja disebelah kerajaan menjadi pelupornya. Di pihak pembangkang juga harus ikut sama. Apabila kerajaan memberi atau meluluskan sesuatu peruntukan atau projek biarlah ada terima kasih. Kata pepatah, orang berbudi kita merasa. Tunjukkan keikhlasan kita.

Saya yakin kalau kita semua dapat bergerak ke arah itu negara kita akan maju dan rakyat dapat menikmati kelestarian hidup bernegara yang menyeluruh.

Apa yang ingin kita saksi ini sebagai permulaan, pada rumah terbuka kerajaan 1 Syawal nanti, hendaknya semua pemimpin dari pembangkang hadir meraikan hari mulia itu bermaaf-maafan dan berjanji untuk kita sama-sama membina negara berwajah baharu. Ayuh

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.