Jawatankuasa khas tangani royalti petroleum
KOTA BHARU: Kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa khas bagi membuat persiapan berhubung pembayaran royalti petroleum.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan
Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH)
mengumum akan membayar royalti minyak kepada Kelantan pada Mesyuarat
Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.
"Kita menunggu supaya ia dapat
ditunaikan. Bagi penggal ini kita melantik Timbalan Menteri Besar
sebagai pengerusi jawatankuasa khas tersebut," katanya ketika ditemui
pemberita pada Majlis Hari Raya Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Nilam
Puri hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar,
Dato' Mohd Amar Abdullah; anggota Exco, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan
dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Nazran Muhammad.
Mohd Amar pula berkata, jawatankuasa itu ditubuh pada zaman almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.