Adun pembangkang Kelantan diberi peruntukan
KOTA BHARU: Kerajaan
Kelantan juga akan memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan masing-masing dijaga.
Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar
Nik Abdullah berkata, secara dasarnya kerajaan negeri setuju
melaksanakan hasrat tersebut.
Namun katanya, beliau belum dapat memberi penjelasan jumlah yang akan diberikan kepada lapan Adun Barisan Nasional (BN).
"Kita setuju untuk beri, bahkan kita
sudah bincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dua minggu lalu,
cuma tidak diisytiharkan lagi. Exco sudah putuskan mengenainya.
"Kita akan bagi peruntukan kerajaan
negeri kepada wakil rakyat pembangkang di Kelantan, cuma jumlahnya kita
sedang dibincang," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Nilam Puri hari ini.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.