PH usah jejaki politik dendam BN
KOTA BHARU: Malaysia
baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) diharap tidak mengulangi sikap
diskriminasi politik yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dendam politik itu menyebabkan banyak projek pembangunan disekat biar pun bertentangan dengan semangat perlembagaan.
Lebih malang lagi petani yang menyokong PAS dinafikan mendapat baja subsidi cap dacing. Ia berlaku sejak awal 1990-an.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.negeri, Ustaz
Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, kerajaan PH diharap tidak
mengulangi taktik yang pernah digunakan kerajaan BN sebelum ini.
Katanya, dendam politik yang berlaku menyebabkan rakyat menjadi mangsa termasuk petani.
“Diskriminasi yang berlaku itu menyebabkan kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan sendiri baja bagi membantu petani,” katanya.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.