KJ seru keterbukaan, bebas daripada cengkaman ‘panglima’ parti
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin hari ini berkata
keputusan saat akhirnya untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu
“tidak mudah”, tetapi terpaksa diambil atas kepentingan ahli parti.
Dalam kenyataan di laman Facebook beliau, Khairy berkata beliau mahu perwakilan mempunyai pilihan berikutan pertandingan untuk jawatan presiden terbuka kepada semua.
Khairy berkata beliau sangat menghormati 2 pesaing utamanya, iaitu pemangku presiden Datuk Seri Zahid Hamidi yang disifatkannya sebagai “abang” yang sentiasa membantu dan menasihati beliau, serta pemimpin veteran, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
Kedua-dua tokoh itu mempunyai kelebihan masing-masing, kata Khairy.
Beliau berkata, Zahid merupakan “pejuang” yang mempunyai hubungan erat dengan akar umbi parti, sementara Tengku Razaleigh adalah negarawan yang mengasaskan institusi penting negara seperti Petronas dan Bank Bumiputra.
“Sudah pasti saya tidak mempunyai pengalaman luas seperti calon lain, tetapi saya mahu perwakilan diberi pilihan yang mewakili peralihan generasi dalam Umno,” katanya.
Parti Melayu yang inklusif, bukan hanya untuk golongan elit
Khairy, yang merupakan bekas menteri beliau dan sukan berkata, beliau mahu mengembalikan roh asal Umno sebagai parti Melayu yang inklusif dan merangkumi seluruh rakyat, bukan hanya golongan bangsawan, korporat dan elit.
“Parti orang biasa, yang menjaga kepentingan orang biasa,” katanya. “Parti yang tidak rasis, tidak seksis, tidak jumud dan pekak terhadap kehendak rakyat jelata, dan parti yang berjiwa besar terhadap kaum lain.”
Katanya, mungkin satu hari nanti Barisan Nasional boleh dibina semula sebagai “sebuah rumah besar untuk semua”.
Gabungan BN yang ditubuhkan pada 1973 mengalami kemerosotan berikutan penarikan diri parti komponen dari Sabah dan Sarawak, yang membentuk gabungan tempatan di negeri masing-masing. BN kini hanya dianggotai oleh Umno, MCA, MIC dan Gerakan.
Khairy berkata Umno memerlukan penstrukuran semula secara menyeluruh bagi mengembalikan semangat keterbukaan dalam semua aspek.
Kebebasan mengkritik
Khairy, yang tampak seperti menyindir bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno perlu “terbuka untuk menegur dan mengkritik pemimpin tanpa perlu dipecat”.
Kenyataan ini seolah-olah merujuk kepada pemecatan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal; menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pemimpin veteran, Dr Mahathir Mohamad pada 2016.
Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz kini merupakan pemimpin kanan parti mereka sendiri, iaitu PPBM, sementara Shafie adalah presiden Parti Warisan Sabah.
Khairy juga bercakap tentang “keterbukaan menerima ahli baru tanpa sekatan, keterbukaan bagi perwakilan memilih pemimpin dan terbuka daripada cengkaman ‘panglima’ dalam parti”.
Katanya budaya ilmu perlu menjadi pemacu perjuangan Umno di setiap peringkat. “Biarlah perhimpunan agung tahunan menjadi medan pertembungan idea untuk kebaikan rakyat, bukannya pesta ucapan retorik yang hanya menghiburkan ahli.”
Beliau juga berkata orang yang berada di luar sistem parti hendaklah diangkat ke dalam hirarki parti, sama ada ilmuan, profesional atau aktivis yang mungkin selama ini dipinggirkan.
“Mari kita buka pintu Umno seluas-luasnya kepada siapa sahaja yang ingin membinanya semula,” tambah beliau.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.