Kutipan Tabung Harapan cecah RM52 juta
KUTIPAN derma Tabung Harapan Malaysia mencecah RM52,216,682.08 setakat jam 3 petang semalam
Tabung Harapan bermula selepas beberapa pengguna media sosial berkata mereka mahu mengutip derma bagi membantu kerajaan membayar semula hutang negara yang berjumlah RM1 trilion.
Rakyat Malaysia telah menderma RM7 juta kepada tabung berkenaan kurang 24 jam sejak ia dilancarkan pada 30 Mei lalu.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata derma terbabit boleh dipotong cukai dan mereka yang menderma kepada tabung berkenaan perlu menyimpan resit mereka untuk tujuan potongan cukai.
Lim turut mengingatkan rakyat Malaysia agar mengesahkan nombor akaun berikutan terdapat penyebaran poster dengan nombor akaun palsu di media sosial.
Nombor akaun tabung berkenaan adalah 5660 1062 6452.
Tabung berkenaan mendapat sokongan daripada pelbagai organisasi seperti Malindo Air yang memberikan RM1 daripada setiap julana tiket penerbangan domestiknya bermula 1 Jun hingga 31 Ogos

Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.