Peluang akhir hidupkan kalbu
Oleh Dr Huzili Hussin
RAMADAN semakin melabuhkan tirainya. Setakat mana Ramadan telah beri impak kepada kita, hanya kita sendiri yang tahu. Namun ALLAH lebih tahu di mana letaknya diri kita selepas Ramadan ini.
Secara prinsipnya, ALLAH telah pun mengurniakan ihsan kepada kita iaitu; pemberi kebaikan dalam sifatnya yang ghaib. Namun sebagai manusia atau insan kita sering terlupa kerana selari dengan sifat kejadian kita yang serba kekurangan.
Pun begitu masih ramai yang masih tidak akur ketidaksempurnaan mereka sebagai insan sebaliknya sentiasa merasakan diri hebat sehingga lupa untuk mengingati dan bersyukur kepada ALLAH.
Sebetulnya masih ramai yang keliru antara istilah Muslim dan mukmin. Berkaitan hal ini ALLAH telah berfirman dalam al-Quran dengan begitu jelas iaitu:
“Orang-orang 'A’raab' berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: `kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada ALLAH Rasul-Nya (zahir dan batin), ALLAH tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengam-pun, lagi Maha Mengasihani”. (QS Al-Hujraat 49:14).
Ini bermakna seseorang yang masih belum meresap masuk keimanan dalam hati mereka walaupun telah memeluk Islam maka mereka dikenali dengan Muslim dan jika telah beriman dengan agama Islam maka dikenali dengan seorang mukmin. Bagi mencapai tahap seorang mukmin tiada jalan lain kecuali menghidupkan kalbu.
Sebagai perbandingan, kalbu (qalbu) ini umpama alat elektrik di mana dihidupkan oleh bekalan elektrik dan pelbagai sumber lain yang memberi kuasa dan tenaga kepada barangan tersebut untuk berfungsi. Namun bagi menghidupkan kalbu, bekalan diperlukan sebagai tenaga dan kuasa hanya al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Bagi mereka yang dihidupkan kalbu oleh ALLAH maka akan terbentuklah jiwa muttaqin atau bertakwa dalam dirinya. Selain itu, mereka yang menghidupkan kalbu akan memahami maksud sebenar konsep bersaksikan kepada ALLAH iaitu; ALLAH menjadi saksi bagi segala perbuatan kita.
menyebabkan segala pemikiran, perasaan dan ingatan kita hanyalah kepada ALLAH semata-mata. Natijahnya kita akan dapat merasai cinta abadi yang sebenarnya.
Sebetulnya bagi sesiapa yang berjaya menghidupkan kalbu, maka akan meresaplah keimanan dalam hati mereka dan seterusnya meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH. Sewaktu peringkat awal Rasulullah SAW memperkenalkan Islam kepada penduduk Makkah, masih ramai lagi yang belum menyerap keimanan agama Islam ke dalam hati mereka.
Sehinggalah pada suatu hari sewaktu mereka berbincang di sebuah pondok di atas Bukit Safa maka kedengaran puak-puak jahiliah bersorak gembira di bawah bukit kerana menyambut pedagang-pedagang yang membawa balik harta yang cukup banyak.
Maka salah seorang pengikut Rasulullah SAW telah bertanya kepada Rasulullah kenapa mereka begitu miskin berbanding golongan jahiliah yang sangat jauh daripada ALLAH?. Pertanyaan tersebut telah menyebabkan Rasulullah SAW berasa sedikit gementar sehinggalah malaikat Jibrail datang membawa wahyu Surah Az-Zukhruf, 32-35.
Secara ringkasnya, ayat tersebut menjelaskan bahawa kaya dan miskin seseorang itu tiada kaitan dengan iman atau kafir serta sama ada ALLAH sayang atau benci kepada mereka. Kaya dan miskin disebabkan oleh usaha dan sahsiah mereka. Namun apa yang penting ialah kesenangan di akhirat nanti bagi orang-orang yang bertakwa.
Persoalannya sekarang, ramai yang mudah mengalah di pecutan terakhir Ramadan ini. Masih ramai yang tidak mengendahkan ibadat solat di masjid, membaca Quran, bersedekah, berzikir, membantu orang yang susah dan juga memberi tumpuan kepada penjagaan ibu bapa.
Ini bermakna, masih ada lagi yang mengulangi pencapaian buruk semasa berpuasa pada tahun lepas. Ingatlah! iblis sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita. Ada ketikanya, apabila iblis gagal untuk mempengaruhi individu yang istiqamah berjemaah di masjid agar tinggalkan solat, menyebabkan mereka cuba pengaruhi jemaah tersebut agar ‘cinta’ kepada perbalahan pula.
Kadangkala, isu mengejek, menhina, buruk sangka, suka sebar berita palsu dan sebagainya menyebabkan perpaduan dalam qariah masjid semakin berkurangan.
Adalah jelas perbuatan sebegini berlaku kerana gagal untuk menghidupkan kalbu. Kuatkan tekad dan tinggikan azam agar kita semua dapat menjadikan Ramadan ini sebagai platform untuk menghidupkan kalbu kita.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.