Saya sedia terus berkhidmat jika rakyat mahu, kata Dr Mahathir
TOKYO: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia berkhidmat
sebagai perdana menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi
mereka memerlukan khidmat beliau.
“Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan,” katanya sambil menambah bahawa dalam tempoh 2 tahun beliau akan berusia 95 tahun.
Berucap pada Persidangan Nikkei hari ini, Dr Mahathir menegaskan beliau kini sudah menjadi perdana menteri tertua di dunia.
“Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi perdana menteri,” katanya secara bergurau.
Beliau menegaskan apa yang difikirkannya adalah berkhidmat kepada negara.
“Jika itulah yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka,” katanya.
Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri untuk kali kedua bulan lepas selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan meraih kemenangan yang menakjubkan dalam pilihan raya umum 9 Mei.
Beliau merupakan perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003. Dr Mahathir kini dalam rangka lawatan kerja 3 hari ke Jepun bermula semalam.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.