Bekas calon PAS nafi sokong calon PH
KUALA LUMPUR: Bekas
calon PAS PRU14 Dun Sungai Kandis, Ustaz Mohd Yusof Abdullah menafikan
bahawa beliau menzahirkan sokongan kepada calon PH PRK N.49 Sungai
Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Mughni.
Menurut berita disiarkan Sinar Harian, Zawawi mendakwa Yusof menyatakan sokongan terbuka kepada PH dan akan mengajak rakan-rakannya mengundi calon itu.
"Kenyataan saya telah dimanipulasikan.
Maaf, saya perlu membetulkan berita yang telah disiarkan ini. Benar,
Ustaz Zawawi Mughni, ada mengunjungi saya di rumah. Berkebetulan saya
sedang terlantar sakit sejak sebulan yang lalu.
"Saya meraikan kedatangan beliau
walaupun dalam suasana kehangatan kempen pilihan raya. Saya tidak pasti
sama ada berita yang disiarkan adalah kenyataan dari Ustaz Zawawi
sendiri atau tafsiran media.
"Apabila calon berkenaan meminta
sokongan dan bantuan saya untuk ahli-ahli serta pengundi PAS mengundi
beliau, secara tegas saya telah nyatakan bahawa pendirian saya adalah
selaras dengan pendirian PAS. Saya tiada kuasa dan hak mengubahnya.
"Saya juga menyatakan bahawa soal
pilihan dan sokongan adalah hak individu masing-masing. Tiada arahan
rasmi untuk mengundi mana-mana calon dalam PRK Sungai Kandis ini,"
terangnya.
Tambahnya lagi, beliau hanya
mengingatkan Zawawi jika ditakdirkan menang dalam PRK ini, harus
berusaha merealisasikan janji-janji yang dibuat dan memastikan
penyelesaian dan pendekatan keagamaan diutamakan.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.