Beri perhatian peneroka baharu Felda
Oleh NARAZA MUDA
AHLI Parlimen Kubang
Kerian dalam ucapannya di Parlimen pada 19hb Julai dengan jelas memberi
saranan kepada kerajaan supaya tanah 360,000 hektar yang diserahkan
kepada FGV dimasukkan peneroka yang baharu khasnya anak generasi kedua
dan ketiga Felda.
Perjuangan anak-anak generasi kedua
Felda sebelum ini memang menjadikan agenda kemasukan peneroka sudah lama
sejak dari zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, namun
terhalang kerana kerajaan waktu itu telah membenarkan tanah ini
dimajukan tanpa dimasukkan peneroka, walaupun jelas dikatakan melanggar
Akta Tanah ini.
Tanah ini telah menjadi salah satu
sumber pendapatan besar kepada kumpulan setelah ladang tanpa peneroka
ini mulai mengeluarkan hasil lewat tahun 90-an.
Pendapatan dari ladang ini mampu
menghasilkan RM1.8 billion setahun ketika harga komuditi sawit mencecah
paras harga BTS RM800 satu metrik tan.
Semasa penyenaraian FGV, tanah ini
diserahkan kepada FGV sebagai aset utama untuk memastikan keyakinan
pelabur besar untuk memberi saham-saham terbitan FGV dan telah niagakan
dengan harga RM4.50 sesaham.
Penyerahan tanah ini ditentang oleh
aktivis anak generasi Felda, namum pihak kerajaan waktu itu tidak
melayan bantahan dan meneruskan perpindahan kuasa ladang milik Felda
kepada FGV dengan sembunyikan timbal balas transaksi besar ini.
Saranan YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ahli Parlimen Kubang Kerian telah memberi harapan baharu kepada kami
semua anak generasi kedua dan ketiga Felda kerana jika tanah ini
dimasukkan semula peneroka, dijangka 80,000 rakyat khasnya anak peneroka
Felda akan berpeluang menjadi peneroka baharu.
21 Julai 2018 -




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.