Bukan hanya nafi tapi perlu disiasat
TINDAKAN penafian Dr P.
Ramasamy (DAP) tidak cukup. Sebaliknya pihak polis perlu mengambil
tindakan segera untuk menyiasat penglibatannya dengan kumpulan pemisah
Tamil Sri Lanka LTTE.
Bukan hanya PAS, tapi sebanyak 700
pertubuhan bukan kerajaan yang mendesak hal yang sama dan mereka telah
membuat laporan kepada pihak polis di Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.
PAS tidak menuduh sebaliknya mahukan
satu siasatan polis dijalankan. Semalam, tiga perkara yang dikaitkan
dengan beliau telah dikemukakan.
Pertama, mengenai gambarnya dalam satu mesyuarat berkaitan LTTE.
Kedua, gambarnya dengan En Vaiko di Pulau Pinang walaupun En Vaiko telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen.
Ketiga, gambarnya dengan Adun Bagan Dalam yang memberi penghormatan kepada gambar Kalashnikov (rifle AK-47).
Justeru itu, PAS menyerahkan isu ini kepada pihak polis untuk melakukan satu siasatan yang menyeluruh.
Isu ini sangat berat kerana beliau
merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, memegang portfolio
penting di sebuah negeri (penjawat awam) dan juga ahli kepada parti
politik DAP.
Kebimbangan itu berasas dan serahkan
sahaja isu ini kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut. PAS
juga mengucapkan terima kasih kepada individu dan kira-kira 700 wakil
NGO yang bersolidariti dan telah membuat laporan polis semalam atas isu
ini.
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin HassanKetua Penerangan PAS Pusat




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.