https://critoxium.com/shop/

Terkini

DUN tiada pembangkang jika PAS, Umno gabung

SHAH ALAM, 22 Julai — Penyatuan Umno dan PAS tidak realistik dalam konteks demokrasi Malaysia terutamanya membabitkan negeri di Pantai Timur.

Pengarah penyelidikan PAS berkata hasrat itu tidak dapat dicapai membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan dan Terengganu, lapor Astro Awani.

"Di Kelantan dan Terengganu, PAS membentuk kerajaan manakala Umno pula adalah pembangkang untuk dua negeri tersebut.

"Kalau bergabung, tidak ada parti yang akan main peranan sebagai pembangkang untuk semak dan imbang di sidang DUN," kata Zuhdi Marzuki.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyifatkan PAS dan Barisan Nasional (BN) sebagai “adik-beradik”.

Kenyataan itu sebagai menjawab tindakan PAS yang memberi laluan kepada BN meletakkan calon bertanding di Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis 4 Ogos ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.