Isu UEC: Keputusan k'jaan akan bersifat menyeluruh, holistik
Bagi meredakan keresahan pelbagai pihak, kementerian pendidikan menegaskan kerajaan masih dalam proses kajian berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebelum membuat sebarang keputusan.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, apa saja keputusan yang akan dibuat nanti akan bersifat menyeluruh dan holistik.
Katanya lagi, kerajaan akan mengambil kira isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebarang impak keputusan itu terhadap perpaduan dan keharmonian rakyat.
"Justeru pandangan pelbagai pihak adalah amat penting dan interaksi bersama pihak-pihak berkenaan tetap menjadi keutamaan saya.
"(Keputusan kerajaan) tanpa menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia (SMPC) dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.
Pelbagai pihak membantah cadangan itu dan kebanyakannya merasakan ia akan terus mengabaikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Mengulas kerisauan itu, badan pendidikan Cina berpengaruh Dong Jiao Zong berkata SMPC sentiasa menghormati bahasa Melayu melalui kedudukannya sebagai mata pelajaran wajib dan pelbagai program penggalakan lain.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula mengambil pendekatan lebih sederhana iaitu menggesa kurikulum UEC dipinda terlebih dulu agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, sebelum diberi pengiktirafan.
Isu ini tercetus pada 8 Jun lalu apabila timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching berkata kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu itu sebelum hujung tahun ini.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.