Kereta kekal murah selepas pelaksanaan cukai SST
Pengguna akan terus menikmati harga kereta yang lebih rendah kerana
kenderaan penumpang akan dikecualikan cukai mengikut sistem cukai jualan
dan perkhidmatan (SST).
Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk T Subromaniam, kenderaan bermotor penumpang adalah antara barangan yang dikecualikan daripada SST.
Ini termasuk kereta sedan, pacuan empat roda, station wagon dan malah juga kereta lumba.
Selain itu, senarai pengecualian SST juga membabitkan pelbagai bahagian alat ganti kereta, seperti aksesori, pam bahan api dan injap.
Sebelum ini, ada yang tergesa-gesa untuk membeli kereta baru berikutan penarafan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai Jun lalu sebelum SST berkuatkuasa.
Sebagai contoh, Perodua mengurangkan harga kenderaan mereka sehingga RM3,500 semasa tempoh GST sifar.
Di bawah rejim GST, kereta dikenakan cukai pada kadar enam peratus dan sebelum itu, kadar 10 peratus dikenakan di bawah sistem SST lama.
Ramai yang membuat andaian bahawa kerajaan akan memperkenalkan SST 10 peratus ke atas kereta seperti semasa pentadbiran kerajaan BN.
Motorsikal, basikal, kenderaan untuk pengangkutan barang juga dikecualikan daripada SST.
Turut dikecualikan daripada SST termasuk helikopter, kapal terbang, dan kapal angkasa termasuk satelit dan pelbagai kapal.-Mkini

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.