KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin
Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menjadi dua
ahli parlimen pembangkang yang kekal di dalam Dewan Rakyat apabila
kesemua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain keluar dewan
bersama ahli parlimen PAS sebagai tanda protes proses perlantikan
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Kekecohan timbul apabila usul perlantikan Speaker dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan memanggil "point of order" beberapa kali sewaktu Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah membacakan prosedur sebelum usul perlantikan Speaker Dewan Rakyat dilakukan.
"Kami tidak menolak calon Speaker, tetapi kami menolak cara proses
pelantikan speaker berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4(1) Dewan Rakyat,"
Takiyuddin, yang mewakili pembangkang di Dewan Rakyat, memberitahu
pemberita ketika di luar dewan.
Ahli parlimen pembangkang kemudian dilihat meninggalkan dewan, dengan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan antara yang dilihat berada di lobi Parlimen kemudian.
Kekecohan timbul apabila usul perlantikan Speaker dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan memanggil "point of order" beberapa kali sewaktu Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah membacakan prosedur sebelum usul perlantikan Speaker Dewan Rakyat dilakukan.
Ahli parlimen pembangkang kemudian dilihat meninggalkan dewan, dengan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan antara yang dilihat berada di lobi Parlimen kemudian.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.