Menteri diberi seminggu tolak UEC
MENTERI Pendidikan
diberi masa tujuh (7) hari untuk mengubah fikiran, pendirian dan sikap
beliau supaya tidak mengiktraf UEC sekiranya tidak mahu berhadapan
dengan kebangkitan himpunan besar-besaran bantahan daripada rakyat
Malaysia.
MAPPIM dan gabungan lebih 300 NGO Gerakan Pembela Ummah telah mendapat 'reacted' yang sangat positif daripada pelbagai lapisan rakyat Malaysia di mana dalam masa (4) jam capaian di Page
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) telah mencecah lebih daripada 20 ribu
sokongan. Semua komen tersebut telah menuntut Menteri Pendidikan menolak
UEC.
Sokongan juga telah diterima daripada
tokoh pendidikan negara, tokoh bahasa, tokoh akademik, tokoh politik
veteran, tokoh NGO-NGO juga daripada warga pendidikan serta rakyat.
MAPPIM dan gabungan 300 NGO Ummah akan terus menyeru sokongan daripada
pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan pimpinan mereka yang
mahu bersama-sama dalam gerakan himpunan bantahan rakyat kepada Menteri
Pendidikan untuk mengubah pendiriannya mengiktiraf UEC.
Kami memberi amaran, sekiranya Menteri
masih tetap membisu serta berdegil bagi mempertahankan pendirian beliau
untuk mengiktiraf UEC, mungkin beliau adalah Menteri yang pertama dalam
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang akan bakal berdepan menghadapi
gelombang bantahan kebangkitan daripada rakyat di Kementerian
Pendidikan, Putrajaya.
MAPPIM juga telah menerima sokongan
lebih daripada 10 orang pihak peguam pelbagai persatuan untuk meneliti
dan mengkaji bagi mengambil tindakan menghalang keputusan Menteri
Pendidikan yang mengiktiraf UEC.
Untuk menjelaskan pendirian MAPPIM dan
dukungan pelbagai pihak gabungan lebih 300 NGO Gerakan Pembela Ummah
maka satu sidang media akan diadakan pada 16 Julai jam 11 pagi bertempat
di Pejabat NGO Muafakat di Pusat Bandar Taman Melawati.
MAPPIM dan gabungan 300 NGO Gerakan
Pembela Ummah (Ummah) menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu
pendirian tanpa mengira bangsa, politik dan agama agar menjaga keutuhan
Sistem Pendidikan Negara daripada diruntuhkan oleh pihak-pihak tertentu
yang berkepentingan.
Ketua Eksekutif (MAPPIM)
Ahli Jawatankuasa Sekretariat (Ummah)




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.