Sidang Parlimen : Permulaan Yang Mengecewakan
Oleh Mohd Sayuti Omar
Permulaan sidang parlimen penggal ke 14 yang mengecewakan saya. Awal-awal lagi kesemua wakil pembangkang BN dan Pas telah keluar dewan sebagai membantah pelantikan Mohd Ariff Mhad Yusuf sebagai Speaker. Alasan bantahan ialah kerana penamaan Ariff tidak mengikuti peraturan yang memerlukan nama Ariff diserahkan kepada parlimen dalam tempoh tertentu.
Walaupun Setiausaha Dewan memaklumkan nama Ariff diserahkan pada 2 Julai, dimana dimana tarikh itu memeunuhi peraturan, namun pembangkang membantahkan kerana mengambil kira isu pelantikan speaker baharu diputuskan pada tarikh sebelum itu.
Sebenarnya tidak jadi masalah, dan kenyataan akhbar berhubung spekulasi pelantikan Speaker itu tidak menjadi hujah kerana ia bukan muktamad. Kelewatan memutuskan itu kepada publik adalah soal teknikal yang tidak penting, bukan perkara yang utama. Namun pembangkang mengira ia satu pelanggaran.
Ada suara pembangkang yang mengemukakan Point Of Oder perkara 4.1 untuk membantah pemakluman Setiausaha Dewan mengenai pelantikan itu. Saya kurang arif apakah sebelum mereka mengangkat sumpah sebagai ahli dewan mereka boleh bersuara dan mahu menggunakan kuasa point of oder?
Perkara yang perlu diteliti oleh rakyat, apakah bantahan pembangkang itu memberi apa-apa makna kepada mereka. Bukankah selepas ini akhirnya mereka kena akur dengan pelantikan yang dianggap salah itu untuk mengekalkan status mereka sebagai anggota dewan? Mereka tetap akan mengangkat sumpah sebagai anggota dewan. Kerana kalau mereka tidak mengangkat sumpah sebagai anggota dewan, dalam tempoh 60 hari, kedudukan mereka sebagai wakil rakyat akan termansuh.
Dan jika mereka berbuat demikian bukankah mereka bertindak seperti seolah-olah membasuh berak dengan daun, dan akan menyembur perfume untuk menghilang bau busuk, kerana mengangkat sumpah di hadapan orang yang mereka tidak ikhtiraf. Trims.-MSO

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.