Tiba masa Melayu-Islam kembali berhimpun
KUALA LUMPUR: Umat
Melayu-Islam negara ini dijangka bertindak balas terhadap gugatan dan
ancaman politik ke atas kepentingan agama, rakyat dan negara yang
berlaku ketika ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP),
Dr Mohd Zuhdi Marsuki membayangkan kemungkinan berulang kebangkitan
sebagaimana himpunan kesatuan orang Melayu-Islam tahun 1946.
Menurut beliau, hal tersebut berikutan
Kerajaan PH yang dicengkam DAP begitu galak merungkai empat tonggak
Perlembagaan Persekutuan sebagai teras keutuhan utama negara ini.
"Situasi hari ini sudah ada ancaman
untuk menghakis empat tonggak utama Perlembagaan. Ini seolah-olah
menyeru orang Melayu-Islam mengulangi himpunan pernah dilakukan itu
dahulu.
"Daripada himpunan itulah mereka
mengemukakan agenda kehendak masyarakat Islam pada waktu itu yang
kemudian membawa kepada himpunan besar-besaran menentang Malayan Union,"
terang beliau.
Jelasnya lagi, himpunan tersebut adalah
penentangan kepada Malayan Union setelah melaksanakan banyak perkara
berlawanan kepentingan orang Melayu-Islam.
Malah sambungnya, pentadbiran British
pada masa itu juga memperluaskan campur tangan dalam urusan pentadbiran
negeri Melayu termasuk menghakis kuasa Raja-raja.
Lebih tercabar juga maklumnya, apabila
kedudukan orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan Islam
sebagai agama amalan mereka turut digugat.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.