UEC: Menteri Pendidikan dicabar debat
MAJLIS Pembangunan
Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan bersama-sama gabungan 300 NGO
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah bersiap sedia untuk menggerakkan
himpunan bantahan rakyat secara besar-besaran kepada Menteri Pendidikan
Dr Maszlee Malik yang tegar dan tidak mahu menarik balik kenyataan
beliau mengiktiraf UEC yang beliau telah buat pada 12 Julai lalu di PICC
Putrajaya.
Himpunan ini akan disertai oleh semua
lapisan tokoh-tokoh pendidikan, bahasa, ahli akademik, NGO-NGO, tokoh
sejarah, ahli masyarakat dan ahli-ahli politik.
Himpunan bantahan ini merupakan simbol
sejarah kepada rakyat dan negara bahawa UEC tidak sekali-kali dibenarkan
untuk diiktiraf di dalam sistem kerangka Pendidikan Kebangsaan.
Diseru semua pimpinan dan rakyat yang
cintakan Bahasa Kebangsaan dan Sistem Pendidikan Kebangsaan agar dapat
bersama-sama dalam perhimpunan yang bersejarah ini.
MAPPIM dan UMMAH menyangkal dakwaan
Menteri Pendidikan yang menyatakan bahawa golongan yang menentang UEC
adalah 'prejudis', ini suatu kenyataan seorang Menteri yang menghina
pejuang bahasa, pendidikan dan sejarawan.
Maka MAPPIM dan UMMAH mencabar dan
bersedia menyediakan tempat kepada Menteri Pendidikan untuk berdebat
pada bila-bila masa dengan tokoh-tokoh bahasa, pendidikan, sejarah,
undang-undang dan NGO-NGO bagi melihat secara objektif dan berfakta
bagaimana UEC akan memberi kesan dan malapetaka kepada Sistem Pendidikan
Kebangsaan.
Sikap tegar Menteri Pendidikan untuk
mengiktiraf UEC sehingga masih lagi tidak membayangkan untuk menarik
semula kenyataan beliau sehingga tempoh yang diberikan (7 hari -
sehingga 21hb Julai ini) akan meningkatkan lagi semangat rakyat untuk
berhimpun pada 28hb nanti.
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.