Manifesto PH sekadar janji tanpa kajian
KOTA BHARU: Pakatan
Harapan (PH) dianggap tidak membuat kajian sebelum membentang tawaran
dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sehingga ia gagal
dilaksanakan.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar
Abdullah berkata, manifesto berkenaan dirangka oleh jawatankuasa khas
yang disifatkan tidak berpengalaman.
“Ini kerana mereka gagal memenuhi
manifesto yang ditawarkan kepada rakyat dalam tempoh 100 hari seperti
dijanjikan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan selepas
mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Mohd Amar berkata, antara yang gagal
dilaksanakan dalam tempoh 100 hari iaitu penghapusan tol, pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menurunkan
harga petrol.
Menurutnya tiga janji tersebut antara yang ditunggu rakyat sehingga sekarang.
“Jawatankuasa manifesto PH hanya merangka janji tanpa kajian dan maklumat yang jelas.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.